Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi July 25, 2022 @ 8:52pm

[VIDEO] “Masih Sayang & Cinta Dia, Tapi…” – Rossa Sera Belum Sedia Beri Peluang Kedua

Kemelut rumah tangga melibatkan pelawak Shuk Sahar dan isterinya, Rossa Sera masih belum menemui noktah.

Umum sedia maklum masjid yang terbina antara pasangan ini dilanda badai sejak beberapa tahun yang lalu.

Menurut Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Nattasiyah Asshaferah, dia mengakui masih mempunyai rasa sayang dan cinta terhadap Shuk.

Namun begitu, Sera menjelaskan dia hanya menyayangi suaminya itu hanya sekadar seorang rakan dan tidak melebihi daripada itu.

“Mesti saya sayang dia, cinta dia. Tapi cukup sebagai kawan saja, saya tak ada rasa lain,” katanya.

Ketika ditanya adakah dia akan memberi peluang kedua kepada suaminya sekiranya Shuk benar-bener menyesal dan berubah, Sera mempunyai jawapan tersendiri.

“Saya tak tahu lagi, dalam masa ni tak boleh jamin untuk masa akan datang.

“Saya dah memendam rasa dalam empat hingga lima tahun,” katanya.

Sera ditemui di majlis pelancaran produk kosmetik Inayah Beauty di Avante Hotel, Bandar Utama, sebentar tadi.

Sera dan rakan artis, Puteri Sarah Liyana dilantik menjadi wajah bagi jenama terbabit.

Dalam pada itu, Sera tidak menghalang Shuk untuk berjumpa dengan anak-anaknya.

Katanya, dia memberi sepenuh kebebasan kepada Shuk untuk meluangkan masa bersama mereka.

“Setiap kali ada kerja di Kuala Lumpur, dia memang nak jumpa anak dan saya bagi.

“Saya minta Shuk bawa anak jalan-jalan. Saya tiada masalah soal itu,” ujarnya.

Terdahulu, Shuk tampil ke mahkamah dipercayai bagi menyelesaikan konflik yang melanda rumah tangganya.

Namun begitu, Serra mengunci mulut apabila ditanya mengenai status hubungan terkini bersama Shuk.

Pada November lalu, Sera sebelum ini mendedahkan dia sudah memfailkan cerai terhadap Shuk.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2015 dan mereka dikurniakan dia cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 2, tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 20 Jun 2018

Pembantu Trump Undur Diri?

Nampaknya Joe juga mengucapkan selamat tinggal kepada presiden AS itu! Beliau juga menyertai senarai panjang bekas petugas yang mengundurkan diri dari Rumah Putih sejak beberapa bulan lalu, sama ada secara sukarela atau kerana dipecat.

Featured Wed, 20 Aug 2025
Featured Sun, 19 Apr 2020
Hiburan Wed, 11 Dec 2019
Events Tue, 5 Mar 2019

Siri Jelajah DFKL Pertama Raih Sambutan Hangat

Siri DFKL 2019 turut memperkenalkan platform baru menerusi Sesi Pencarian Influencer khusus untuk mengasah bakat baru yang ada pada generasi muda.

Hiburan Sun, 15 Apr 2018

Ceraikan Ziana Tapi Bersyarat

Armin bersetuju melafazkan cerai terhadap Ziana sekiranya dia dibenarkan untuk berjumpa dengan anak-anak mereka.

Featured Wed, 20 Nov 2019

Gaya individu mengikut zodiak. Agak-agak betul tak?

Gaya dikatakan bersesuaian dengan personaliti

Hiburan Wed, 26 Jun 2019

Doakan Saya Istiqamah’- Peminat Puji Penampilan Baharu Lisa Surihani

Akur dengan fitrah manusia yang sering diuji, isteri kepada Yusry Abdul Halim ini mahu menikmati fasa baharu ini perlahan-lahan.

error: Content is protected !!