[VIDEO] “Mic Tok Ti Tak ONS, Is Another Level Of Melampau” Netizen Salahkan Stesen TV Pula!

Disebalik kelunakan suara Bob Yusof menerusi lagu Anta Permana, siapa sangka penyanyi asal lagu tersebut membuat kemunculan secara mengejut dengan tampil di atas pentas ketika persembahan telahpun sampai di pertengahan.

Namun, apa yang membangkitkan kemarahan netizen ialah, apabila penyanyi kesayangan ramai itu membuat kemunculan pertamanya selepas beberapa tahun namun mikrofon beliau dilihat mengalami masalah teknikal sehingga membuatkan netizen berang terutamanya di laman sosial. Siap dengan hashtag #justiceforsitinurhaliza.

 

 

 

Perkara ini lantas mencetuskan kontroversi bukan sahaja buat penyanyi nombor satu negara tetapi juga kepada semuanya peminat-peminatnya.
Bagaimana pun, tidak manis lah kiranya kita menyalahkan sebelah pihak dalam isu ini memandangkan persiapan telahpun dilakukan sejak dari awal lagi. Yang penting, Siti Nurhaliza akhirnya tampil di pentas #AJL34 kali ini.
Salma Syahbuddin