Featured By: Maya Basir January 27, 2023 @ 6:40pm

[VIDEO] Naim Daniel Karang Pantun Makanan Katering, Netizen Gembira Tengok Sissy Imann Tersenyum

Pasangan duet Famili Duo, Naim Daniel dan Sissy Imann mengusik antara satu sama lain ketika sedang mengambil makanan katering.

Menerusi perkongsian Naim di TikTok, dia mengarang sebuah pantun tentang makanan tersebut dan memperlihatkan keadaan Sissy.

“Kuih keria lauk katering, lauk katering ada mee hoon, bila dah makan mesti pening, bila pening payah nak bangun. Ish kena pulak!,” ujar Naim berpantun.

“Dahlah kitaorang nak berhenti menyanyi. Lepasni nak buat katering je dengan Sissy Imann,” tulisnya di kapsyen.

Di dalam video tersebut, Sissy kelihatan terhibur dengan pantun Naim.

@naimdanielx Dahlah kitaorang nak berhenti menyanyi. Lepasni nak buat katering je dengan @Sissy Imann #familiduo ♬ original sound – Naim Daniel

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen gembira melihat Sissy kembali tersenyum dan memberi kata-kata semangat untuk bangkit semula.

“Alhamdulilah dah boleh keluar makan gelak-gelak Sissy.

“Ambil kritikan tu sebagai pembakar semangat dan mencuba lebih baik lagi buat Sissy.

“Goodluck Sissy dan Naim Sabtu ni. Love tengok Sissy happy,” komen netizen.

Terdahulu, Sissy Imann menangis di pentas Famili Duo disebabkan komen yang diberikan oleh juri Mas Idayu sehingga mematahkan semangatnya.

Dalam persaingan minggu keenam yang bertemakan ‘Irama Tradisional’, Sissy bersama Naim menyampaikan lagu Jampi nyanyian asal Hael Husaini dalam versi keroncong dan meraih tempat keenam dengan 48.7 markah.

Dihoskan oleh Janna Nick dan Sean Lee, tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan merebut hadiah bernilai RM 10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.

Famili Duo juga dapat ditonton di laman portal video rasmi tonton secara definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Gunakan tanda pagar #FamiliDuoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 6 Aug 2018

失智母53岁忘了家人 歌手儿抱她唱自创曲「只有音乐能逗她笑」

来自美国乡村歌手Jay Allen于7月杪演出时,邀请了罹患阿兹海默症(或称痴呆症)的母亲聆听他亲自为母亲所写的歌曲《Blank Stares》;两人当时在台上紧靠彼此,Jay演唱的画面被粉丝录下,感动许多网友。

Hiburan Fri, 15 Mar 2019

Kurang Dikenali Di Malaysia, Yura Pasang Strategi!

Nama penyanyi Yura Yunita mungkin tidak sekuat nama penyanyi Indonesia lain seperti Kris Dayanti atau Rossa di sini. Namun ia tidak menjadikan masalah buat pelantun yang mula dikenali menerusi lagu Cinta dan Rahasia ini untuk

Hiburan Mon, 18 Nov 2019

Andi Bernadee,Ismail Izzani Gabung Suara Dalam ‘Hello’

Andi dan Ismail bakal memanaskan lagi industri muzik tempatan dengan kolaborasi yang paling dinantikan tahun ini menerusi lagu duet berjudul “Hello”.

Featured Sun, 24 May 2020
Events Sat, 14 May 2022
Trending Thu, 19 Aug 2021

Kes Gangguan Seksual: Pendakwah Popular Diminta Hadir Ke Bukit Aman Bantu Siasatan

Seorang pendakwah popular berusia dalam lingkungan 30-an akan dipanggil ke Ibu pejabat Polis Bukit Aman bagi memberikan keterangan berhubung siasatan berkaitan dakwaan gangguan seksual. Menurut sumber, difahamkan pendakwah terbabit telah diminta hadir pada hari ini.

Hiburan Tue, 18 Dec 2018
Featured Thu, 1 Sep 2022

Selamat Lahirkan ‘Baby Merdeka’, Mona Allen Mohon Maaf Tak Sempat Balas DM

Wah! Welcome ‘Baby Merdeka’ 😍
Tahniah Mona Allen & Pekin

| Live TV