Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 28, 2023 @ 4:47pm

[VIDEO] “Nampak Benda, Bunyi Nafas Kuat, Berdesing… Badan Panas!” – Mas Khan Dedah Ditindih & Diganggu Makhluk Halus

Pelakon, Mas Khan mendedahkan pengalaman pertama kali diganggu oleh makhluk halus yang menindihnya di waktu tidur.

Menerusi beberapa perkongsian di Instagram, Mas Khan berkata kejadian tersebut berlaku selama dua malam berturut-turut ketika berada di ofis dan kediamannya.

Lebih parah, Mas Khan berkata dia dapat melihat sosok jembalang yang menganggunya itu meskipun samar-samar.

“Aku rasa macam ada benda yang tak kena dengan diri aku. Dah dua malam straight aku kena gangguan halus.

“Malam pertama kat office, aku kena tindih. Mata tak boleh buka dan aku dengar orang bernafas kuat kat telinga.

“Lepas dapat nasihat kawan, malam kedua aku balik tidur kat rumah tapi perkara sama juga jadi aku tak boleh tidur kena gangguan.

“Kat rumah ni kena kacau paling bo*oh dari ofis sebab aku boleh nampak rupa benda ni.

“Aku rasa tertekan setiap kali aku nak tidur rasa tak boleh bernafas sebab kena tindih. Mata boleh bergerak, nampak benda tu samar-samar,” katanya.

Mas Khan yang pernah dicakar ketika tidur sebelum ini memaklumkan gangguan mahluk halus pada kali ini berbeza.

“Aku tak pernah alami benda macam ni, ini pertama kali. Aku pernah berubat sebelum ini lepas kena cakar masa tidur tiba-tiba, tapi kali ini permainan dia lain sikit.

“Aku dapat rasa something is not right bila aku tak dapat tidur, panas, berdesing telinga aku.

“Bila aku buka lampu, aku tak kena ganggu baru dapat tidur dengan lena jadi aku yakin ini bukan mimpi,” ujarnya.

Di akhir video tersebut, Mas Khan memohon pengikutnya untuk bantu memberi jalan penyelesaiannya kerana dia hanya mahu tidur dengan tenang tanpa gangguan.

“Aku boleh cerita apa yang aku nampak tap aku rasa tak semua orang percaya benda ni.

“Benda ni betul, aku pernah kena cakar kat leher dan bawa pergi berubat. Tolong bagi tahu apa patut aku buat sekarang,” ujarnya dalam nada kegusaran.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 27 May 2021
Featured Thu, 27 Oct 2022
Hiburan Mon, 24 Jun 2019

‘Abil, Kami Mohon Maaf’- Isteri Amy Seach Lega Konflik Berakhir

Isteri penyanyi Rock, Amy Search yakni Nourish meluahkan rasa syukur selepas hubungannya dengan pelakon Nabila Huda atau Abil kembali jernih.

Trending Sat, 17 Mar 2018

Maut Ketika Swafoto, Tertembak Atau Ditembak?

Sebaik kejadian itu berlaku, mangsa Vijay Singh yang bergambar dengan rakan dikenali sebagai Monu telah melarikan diri.

Featured Mon, 14 Mar 2022
Selebriti Mon, 9 Oct 2023