[VIDEO] Netizen Beri Pesanan Padu Lihat Aksi Mesra Farid Kamil Tumbuk Ahirine Ahirudin – “Tu Tempat Peranakan!”

Pelakon Farid Kamil hangat menjadi perbualan di media sosial selepas tular sebuah video di TikTok yang mengundang pelbagai reaksi netizen.

Menerusi video berdurasi lapan saat itu, Farid Kamil sedang menumbuk aktres, Ahirine Ahirudin di bahagian perut.

“Dibalas kembali. Check dulu sebelum bagi,” tulisnya di kapsyen video berkenaan.

Berdasarkan video tersebut, Farid mendekatkan wajahnya dengan Ahirine untuk melihat reaksinya dahulu sebelum ditumbuk sama ada dia telah bersedia ataupun tidak.

Meskipun hanya bergurau dan tumbukan itu tidak kuat, namun ada segelintir netizen memberi teguran kepada pelakon filem Remp-it itu.

Menurut warganet, Farid tidak sepatutnya tumbuk di bahagian perut kerana bimbang peranakannya jatuh dan bahaya bagi seorang wanita.

Dalam pada itu, rata-rata netizen memetik nama isteri aktor tersebut, Diana Danielle selepas melihat kemesraan antara Farid dan Ahirine.

Sebelum ini, isu yang sama heboh di media sodial dimana Farid memakaikan Ahirine topi keledar menjadi tumpuan ramai.

Namun, Ahirine berkata dia menganggap Farid sebagai seorang abang dan amat menghormati mahligai cintanya bersama Diana.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Farid Kamil Pakaikan Helmet Ahirine Ahiruddin, Netizen Risau Diana Danielle Cemburu?

Artikel Berkaitan: Gara-Gara Nama Diana Danielle Dipetik, Ahirine Ahiruddin Tampil Perjelas Isu Farid Kamil Pakaikan Helmet

Aqilah Paharuzi