“Slowly But Surely” – Cantik Bertudung, Ramai Doakan Yuna Rahim Kekal Istiqamah

Perkongsian video pelakon jelita Yuna Rahim atau nama sebenarnya, Shafiqah Husna Abd Rahim yang mengenakan hijab meraih perhatian peminat.

Memuat naik video tersebut di akaun TikTok, penampilan manis Yuna meraih pujian warganet.

“Get ready with me pergi Jais! Slowly but surely. Insya-Allah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

@yunarahimGRWM pergi jais! Slowly but surely 🤍 insyaAllah♬ Pretty Girl – Clairo

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji kecantikannya memakai hijab tersebut dan turut mendoakannya agar terus istiqamah.

“Excited tengok akak berubah slow slow! Semoga istiqamah ye kak.

“Cantik sangat berhijab. Semoga awak fully berhijab suatu hari nanti. Keep istiqamah pretty.

“Cantiknya Yuna pakai tudung. Dah lah pakai labuh, love sangat!

“Cantiknya Masya-Allah! Pakai labuh pula tu.

“Ya ampun dia yang freehair tapi pandai lilit-lilit cantik. Aku yang sejak azali pakai lilit-lilit terbelit weh,” komen netizen.

Tidak mendiamkan diri, Yuna memuat naik sebuah lagi perkongsian menjawab komen-komen peminat yang mendoakan dirinya itu.

Menurut Yuna, dia pernah memakai hijab suatu ketika dahulu.

Namun ketika masuk belajar dahulu, Yuna tidak kuat untuk beristiqamah memakai hijab.

Walaubagaimanapun, Yuna memberitahu mungkin selepas berkahwin dia akan cuba bertanggungjawab dan tetap pendirian untuk memakai hijab serta meminta pengikutnya untuk sentiasa mendoakannya.

“Thank you for the comment. Kalau korang nak tahu, Yuna sebenarnya sebelum ini pernah pakai tudung. Tapi bila masuk study, Yuna jadi macam tak kuat nak istiqamah untuk pakai tudung.

“Mana tahu lepas kahwin ini, Yuna terus rasa bertanggungjawab untuk terus istiqamah. Just doakan yang baik-baik okay. Thank you so much,” jawabnya.

Dharnieya Nur Amelsa