Rakan Throwback Momen Puteri Sarah Bernikah, Dakwa Syamsul Yusof Kaki Kongkong? – “Kuat Cemburu, Suka Skodeng Dari Jauh.. Banyak Peraturan!”

Konflik rumah tanga pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana dan pengarah filem, Syamsul Yusof sehingga kini masih belum terlerai, malah semakin banyak isu yang mula terbongkar.

Terbaharu, berdasarkan beberapa hantaran di Instagram Story, Puteri Sarah dilihat berkongsi semula kenyataan rakannya dikenali sebagai Mea Sukri yang mengimbas semula momen ketika pasangan ini bernikah.

“Kalau dikenang balik moment ni, rasa kecewa sangat. Time dia tergila-gilakan Sarah, time tu juga dia nak size cincin.

“Dia tak kira Sarah tengah busy outstation ke, tengah shooting ke, dia peduli apa,” tulisnya bersama beberapa foto semasa pernikahan Puteri Sarah dan Syamsul.

“Those were the days, our stupid days,” balas Sarah berserta emoji ketawa.

Menerusi hantaran lain, rakannya yang juga merupakan jurusolek (MUA) itu mendakwa Syamsul mempunyai sikap yang kuat cemburu, suka mengongkong Sarah, serta memohon isterinya itu untuk mengenakan pakaian muslimah dan hanya dibenarkan menjadi suri rumah.

“Tujuan aku post ni bukan saja nak ajak korang bersembang ya. Aku memang dah lama nak post sebab sakit hati tengok komen netizen yang tak tahu hujung pangkal cerita.

“Aku tahu pasal ni dah lama tapi tak pernah bahaskan di media sosial sebab menghormati Sarah dan keluarga mertua.

“Hari majlis merisik pun nak bergaduh. SY (Syamsul) ni cemburu nak mampus ya. Dia boleh skodeng Sarah dari jauh waktu Sarah kerja. Dengan erti kata lain dia sangat mengongkong Sarah!

“Tengah sakit demam denggi pun nak juga teruskan majlis. Pakaian nikah pun syariah compliance sangat (masa tu la).

“Sarah ni patuh je apa yang SY tetapkan. Baju tak boleh ketat, tak boleh keluar bekerja, tak boleh bergambar rapat dengan lelaki, banyak pakai jubah hitam sebab SY suka tengok bini dia pakai macam tu.

“Bini jaga anak-anak dengan baik dekat rumah, ke hulu ke hilir angkut anak sambil buat bisnes. SY jarang ada dekat rumah, busy shooting katanya,” dakwanya.

Artikel Berkaitan: Tular Video Gelak Ketawa Sehingga Didakwa Meroyan, Puteri Sarah Tampil Bidas Netizen – “Ini Hak Saya, Korang Diam Lebih Baik”

Artikel Berkaitan: Syamsul Yusof Nak Saman JAWI RM10 Juta, Puteri Sarah Desak Minta Jujur – “Kebenaran Akan Terbongkar!”

Aqilah Paharuzi