Kuat Demi Anak, Puteri Sarah Ingin Syaikhul Islam & Sumayyah Jadi Doktor

Pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana berkongsi momen anak-anaknya mengenakan uniform sekolah pada hari pertama persekolahan.

Menerusi hantaran terbabit, Sarah menanam impian untuk anak-anaknya menjadi seorang doktor.

“Alhamdulillah, first day of school Syaikhul Islam & Sumayyah.

“Semoga tercapai impian mama, abang, dan adik belajar abroad and jadi doktor ok. Amin,” tulis Sarah.

Hasil tinjauan di ruangan komen, warganet mendoakan kejayaan anak Sarah dan ada juga yang memuji pelakon terbabit yang tabah dalam membesarkan anak-anak biarpun berdepan dengan konflik rumah tangga.

“Wanita sekarang kena kuat untuk anak-anak.

“Bagusnya baru balik berjalan jauh, hari ni terus pergi sekolah. Semoga berjaya dunia dan akhirat.

“Semoga impian Sarah terhadap anak-anak dan diri sendiri dipermudahkan segalanya dan dikabulkan oleh Allah SWT,” komen peminat.

Halimey Zamal