Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi June 26, 2023 @ 5:25pm

[VIDEO] Netizen Persoal Kapsyen Shuib ‘Pertama Kali’ Main Golf Bersama Watie, Tuan Badan Respons – “Tanggunglah Dosa-Dosa Fitnah Tu”

Pasangan pengantin baru Shuib dan Watie Hanifiah sekali lagi mendapat perhatian warganet.

Terbaharu pasangan ini kini berada di pusat peranginan Pulau Langkawi, Kedah untuk berbulan madu sejak Sabtu lalu.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Shuib memuat naik sebuah foto yang memaparkan dia dan isteri sedang beriadah bermain golf di sebuah kelab terkemuka di pulau itu.

“Buat pertama kali,” tulis Shuib ringkas.

Ternyata perkongsian tersebut jelas menunjukkan bapa kepada empat cahaya mata itu bahagia disamping isteri tercinta.

Namun, menjengah ke ruangan komen, ada yang mempersoalkan kapsyen ‘buat pertama kali’ itu dek kerana pada tahun lalu tular video tahun 2019 yang memperlihatkan Watie sedang bermain golf berlatarbelakang suara gelak tawa lelaki dan netizen mendakwa suara di video tersebut adalah milik pelawak berumur 38 tahun itu.

Tidak terhenti di situ, Shuib dan Watie tampil memberi respons terhadap netizen yang mempersoalkan kapsyen tersebut dengan menjelaskan ia memang pertama kali mereka bermain golf bersama.

“Saja buat kapsyen ‘buat pertama kali’, sebab memang pertama kali.

“Pertama kali main golf dengan Watie ni.

“Jadi pada yang komen-komen macam tahu…tanggunglah dosa fitnah itu, kalau yang fasal ‘nice’ (video) itu orang lain,” respons Shuib dan Watie menerusi sebuah video.

Dalam pada itu, Watie juga menulis dia memaafkan individu-individu yang melemparkan dakwaan tidak berasas itu.

“Tak apa, kami maafkan,” tulis Watie ringkas.

Di ruangan komen, Ibu Shuib, Salamiah Jalani turut meninggalkan komen dengan menyatakan anaknya itu tidak pernah bermain golf bersama Watie semasa arwah Siti Sarah masih hidup.

“Ya, mama tahu..masa arwah masih ada belum pernah sekali pun manja (Watie) main golf dengan Shuib. Ini baru nampak selepas sah menjadi isteri,” komennya. 

Terdahulu, tular di media sosial mengenai video Watie bermain golf dan menafikan suara itu adalah pemilik nama Shahmira Muhamad.

Kata Watie, bapa kepada empat orang anak itu belum lagi terjebak dengan permainan golf pada ketika itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak Baik Untuk Saya, Tak Baik Untuk Sarah” – Shuib Nafi Ada Hubungan Dengan Watie Sejak 2019

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 20 Jan 2023

Mohon Maaf Atas Segala Kesalahan, Fasha Sandha & Suami Berangkat Ke Makkah Tunai Umrah

Pelakon cantik Fasha Sandha bersama suaminya, Aidil Aziz berkongsi hantaran di Instagram bakal berangkat ke Tanah Suci Makkah.   View this post on Instagram   A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) Menerusi perkongsian Fasha, […]

Hiburan Sat, 17 Nov 2018

#SFMM33: Buat Kejutan, Penonton ‘Ternganga’ Tengok Syamel Menari

Kemunculan penyanyi berusia 25 tahun itu mendapat tepukan gemuruh semalam apabila dilihat mempamerkan persembahan luar biasa.

Hiburan Tue, 1 Mar 2022

Dayang Nurfaizah Kagum Dengan Bakat Amir Masdi

Penyanyi popular, Dayang Nurfaizah, 41, mendedahkan dirinya sudah lama kagum dengan bakat yang dimiliki oleh penyanyi Amir Masdi. Kini, Dayang dan Amir muncul dalam sebuah single duet balada moden yang berjudul Debu yang dicipta oleh […]

Featured Mon, 21 Aug 2023
Hiburan Tue, 10 Sep 2019
Trending Mon, 15 Jun 2020
Featured Wed, 14 Dec 2022
error: Content is protected !!