[VIDEO] Netizen Tegur Wajah Makin Pelik & Senget, Ini Jawapan ‘Win’ Zoey Rahman

Pelakon dan pengacara Zoey Rahman berkongsi ‘makeup look’ yang sesuai dan sering dikenakan ketika menjadi pengacara majlis, baru-baru ini.

Namun, video tersebut telah mencuri tumpuan ramai apabila ramai yang menegur wajahnya sekarang semakin berbeza berbanding dahulu.

Malah, ada yang mendakwa Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar Abd Rahman, 37, itu telah melakukan pembedahan kecantikan di bahagian muka.

“Banyak sangat alter.

“Sampai senget dah muka,” tulis warganet.

Gara-gara komen kurang senang tersebut, Zoey tidak berdiam diri dan tampil membidas komen individu itu secara sindiran.

“Okey la dari hati senget dok mengata orang,” balas Zoey.

@zoeyrahman Make up untuk Emcee look . #mikaseries #fyp #fypシ #belijiwa #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #makeuptutorial ♬ Si Gendut – Agus Gobang

Di komen lain, Zoey turut membalas dengan menyatakan mukanya kelihatan berbeza disebabkan faktor usianya yang kini mencecah 40 tahun.

 

Terdahulu, Zoey pernah dikaitkan menjalin hubungan cinta dengan Zarina Anjoulie dan Shakira Stephen.Pelakon dan pengacara Zoey Rahman berkongsi ‘makeup look’ yang sesuai dan sering dikenakan ketika menjadi pengacara majlis, baru-baru ini.

Namun, video tersebut telah mencuri tumpuan ramai apabila ramai yang menegur wajahnya sekarang semakin berbeza berbanding dahulu.

Malah, ada yang mendakwa Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar Abd Rahman, 37, itu telah melakukan pembedahan kecantikan di bahagian muka.

“Banyak sangat alter.

“Sampai senget dah muka,” tulis warganet.

Gara-gara komen kurang senang tersebut, Zoey tidak berdiam diri dan tampil membidas komen individu itu secara sindiran.

“Okey la dari hati senget dok mengata orang,” balas Zoey.


Di komen lain, Zoey turut membalas dengan menyatakan mukanya kelihatan berbeza disebabkan faktor usianya yang kini mencecah 40 tahun.

 

Terdahulu, Zoey pernah dikaitkan menjalin hubungan cinta dengan Zarina Anjoulie dan Shakira Stephen.

Atiqah Johari