[VIDEO] Netizen Teruja Imran Aqil Dikatakan Sudah Bertunang Dengan Dahlia Rizal

Spekulasi hubungan percintaan antara penyampai radio Hot FM, Imran Aqil dan pempengaruh jelita Dahlia Rizal akhirnya terjawab apabila mereka disahkan bertunang semalam.

Foto dan video majlis yang diadakan secara tertutup itu heboh diperkatakan di ruangan media sosial.

Ia dimuat naik oleh peminat pasangan sejoli ini yang nampak sangat manis bersama.

Bagai pinang dibelah dua, itulah peribahasa yang sesuai diungkapkan buat pasangan yang sedang meniti bahagia ini.

Sebelum ini, Imran dan Dahlia menafikan mereka mempunyai hubungan istimewa, namun rata-rata netizen berkata mereka sengaja merahsiakan status sebenar, meskipun sering dilihat dating bersama dan kadang kala terlanjur memanggil masing-masing ‘sayang’.

Berita mengenai pertunangan mereka bagaimanapun tidak dihebohkan kepada orang ramai, namun begitu menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagram adik Dahlia, dapat dilihat wanita jelita itu berada disamping ibu Imran yang baru sahaja selesai menyarungkan cincin di jarinya.

Tinjauan di ruangan komen hantaran tersebut dibanjiri dengan komen-komen netizen yang teruja melihat momen bahagia itu.

Rata-rata netizen turut tumpang gembira akhirnya Imran dan Dahlia sah mempunyai ikatan rasmi serta berkata Imran kini mendapat bakal isteri yang terbaik untuk dirinya.

Susulan itu, berdasarkan pemerhatian XTRA, di ruangan Twitter Dahlia turut memuat naik sebuah ciapan yang berkata dirinya kini milik seseorang.

Menurut Dahlia, dia hanya akan berkongsi momen bahagia itu pada waktu yang sesuai buat tatapan umum, namun turut tidak menafikan dia kini berstatus tunang pilihan hatinya, Imran.

“Off the market.

“Not denying anything honestly. I’m just not posting pics / vids. I hope everyone can truly understand.

“I will share my beautiful moments when I think its time,” ujarnya.

Aqilah Paharuzi