[VIDEO] Pandai Melayan! Sharifah Sakinah ‘Menyempat’ Ajar Yoe Parey Main Tinder Di Set Penggambaran

Umum mengetahui sikap selamba dan gila-gila pelakon Sharifah Sakinah yang sering mendapat perhatian dalam kalangan waganet.

Terbaru, menerusi hantaran di Instagram Storienya (IGS), Sakinah dilihat sedang mengajar pempengaruh media sosial, Yoe Parey menggunakan sebuah aplikasi untuk mencari jodoh.

Menerusi video berdurasi 30 saat itu, Sakinah yang dilihat berada di set penggambaran untuk sebuah drama seram komedi sedang bersantai sambil mengajar Yoe Parey menggunakan aplikasi cari jodoh popular, Tinder.

“Mengajar Parey main Tinder,” tulisnya Sakinah ringkas.

Bukan itu sahaja, Sakinah turut dilihat pandai melayan Yoe Parey yang terkenal menerusi Drama Spontan di saluran YouTube.

Terdahulu, Sakinah mencuri perhatian warganet apabila melakukan sebuah trend di TikTok yang membuatkan orang ramai terhibur dengan gelagatnya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pecah Perut! Sharifah Sakinah Buat Trend ‘Kepit Barang Bawah Payud*ra, Ramai Puji Tak Fake!

Atiqah Johari