[VIDEO] Penampilan Shila Amzah Curi Perhatian… Ada Yang Komen Comel Bila Baby Bump, Ada Juga Mengkritik

Nama penyanyi Shila Amzah menjadi perhatian ramai di media sosial baru-baru ini.

Menerusi sebuah rakaman video yang tular di TikTok, video tersebut memaparkan Shila Amzah membuat persembahan di sebuah acara.

Video berdurasi lebih 4 minit itu menunjukkan Shila sedang membuat persembahan dengan menyanyikan lagu hitsnya iaitu Memori Tercipta.

Walaupun sedang berbadan dua, Shila tetap memberikan yang terbaik dengan lontaran vokal yang memukau penonton.

Di sebalik persembahan yang baik itu, penampilan isteri kepada pempengaruh Ubai MZ itu turut menarik perhatian.

Pada acara tersebut, Shila tampil anggun dengan mengenakan busana serba merah jambu beserta but tinggi.

Ada yang gembira melihat penampilan baharu Shila yang kini sedang berbadan dua.

Peminat juga teruja melihat ‘baby bump’ Shila yang mula kelihatan.

Namun apa yang menjadi perhatian adalah rata-rata warganet kurang senang dengan imej anak kepada penyanyi sensasi, Datuk ND Lala itu.

Menjengah ke ruangan balas, warganet menyatakan busana tersebut tidak sesuai dengan imej Shila.

ARTIKEL BERKAITAN: Dahi Anak Benjol & Pipi Lebam, Shila Amzah Beri Pesanan Buat Netizen – “Dia Lasak, Jangan Cakap Kami Tak Pandai Jaga Anak!”

ARTIKEL BERKAITAN: Ubai MZ Umum Shila Amzah Kini Sedang Hamil

Khairil Khusyairi