[VIDEO] Petugas Stadium Bukit Jalil Tolak Air Guna Penyodok, TMJ Tampil Bersuara & Beri Cadangan – “Kos Sistem Saliran Padang Tak Lebih RM300,000”

Baru-baru ini, heboh di ruangan media sosial mengenai keadaan Stadium Nasional Bukit Jalil bertakung akibat hujan lebat pada Sabtu.

Susulan itu, satu video yang memaparkan petugas stadium berkenaan menolak takungan air berkenaan dengan menggunakan penyodok sampah telah mengundang pelbagai reaksi netizen.

Bagaimanapun, menurut piihak Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) berkata mereka tidak pernah mengeluarkan arahan kepada petugas stadium untuk menggunakan penyodok dan kadbod bagi menolak takungan air.

Dalam pada itu, pemilik kelab Johor Darul Ta’zom (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil memberi pandangan kepada pihak berkuasa untuk memperbaiki sistem menghalang air bertakung.

TMJ menerusi satu ciapan mendedahkan kos sistam saliran padang bola sepak yang lebih baik untuk mengelak isu yang sama terjadi lagi.

Malah, TMJ turut memberi cadangan lain sekiranya kos sistem saluran tersebut mahal iaitu dengan menutup padang menggunakan kanvas.

Katanya, canvas boleh mengelakkan air bertakung di atas padang.

Tinjauan di ruangan komen ciapan tersebut mendapati ramai yang bersetuju dengan cadangan TMJ, namun ada juga dalam kalangan mereka yang berkata perkara tersebut seakan sukar untuk direalisasikan.

Aqilah Paharuzi