[VIDEO] Puji Isteri Cantik Pakai Hijab, Netizen ‘Tersenyum’ Tengok Halim Radzi & Sharifah Husna, Siap Samakan Dengan Jalaluddin Hassan Ketika Muda

Pasangan pelakon, Halim Radzi dan Sharifah Husna yang baru mendirikan rumah tangga mencuri tumpuan warganet apabila memuat naik sebuah video yang memaparkan dirinya sedang memuji isterinya cantik.

Menerusi video perkongsian Halim, dia dilihat berkali-kali memuji Husna cantik yang mengenakan hijab.

“Aduh cantiknya… Ya Allah cantiknya…” ujar Halim

Namun, isterinya itu menyatakan bahawa dirinya malu apabila menerima pujian sebegitu daripada suaminya.

“Malu lah… sayang puji,” kata Husna.

Namun, Halim menyatakan bahawa dia memuji isterinya kerana memang benar cantik dan menepis dakwaan isterinya yang mengatakan biasa-biasa sahaja.

“Ya lah sebab cantik… I tak puji pun tetap cantik.

“Biasa-biasa je… ehhh luar biasa,” borak mereka.

@halimradz MasyaAllah, terima kasih mendoakan kami. Semoga doa baik anda semua kembali kepada anda semua juga. Amin ya Allah. Terima kasih Allah 🤲🏼 @Sharifah Husna ♬ original sound – HALIM RADZI

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet menyatakan bahawa pasangan tersebut sangat romantis sehingga membuatkan warganet tersenyum sendiri melihat gelagat mereka itu.

Malah, ada segelintir yang menyamakan Halim Radzi dengan pelakon hebat, Dato Jalaluddin Hassan ketika muda.

Terdahulu, Halim dan Sharifah telah selamat diijabkabulkan pada 21 Oktober lalu yang berlangsung di kediaman Husna di Kajang, Selangor.Pasangan pelakon, Halim Radzi dan Sharifah Husna yang baru mendirikan rumah tangga mencuri tumpuan warganet apabila memuat naik sebuah video yang memaparkan dirinya sedang memuji isterinya cantik.

Menerusi video perkongsian Halim, dia dilihat berkali-kali memuji Husna cantik yang mengenakan hijab.

“Aduh cantiknya… Ya Allah cantiknya…” ujar Halim

Namun, isterinya itu menyatakan bahawa dirinya malu apabila menerima pujian sebegitu daripada suaminya.

“Malu lah… sayang puji,” kata Husna.

Namun, Halim menyatakan bahawa dia memuji isterinya kerana memang benar cantik dan menepis dakwaan isterinya yang mengatakan biasa-biasa sahaja.

“Ya lah sebab cantik… I tak puji pun tetap cantik.

“Biasa-biasa je… ehhh luar biasa,” borak mereka.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet menyatakan bahawa pasangan tersebut sangat romantis sehingga membuatkan warganet tersenyum sendiri melihat gelagat mereka itu.

Malah, ada segelintir yang menyamakan Halim Radzi dengan pelakon hebat, Dato Jalaluddin Hassan ketika muda.

Terdahulu, Halim dan Sharifah telah selamat diijabkabulkan pada 21 Oktober lalu yang berlangsung di kediaman Husna di Kajang, Selangor.

Atiqah Johari