Featured By: Fatin Nurain October 6, 2022 @ 6:08pm

Video Ramalan Rizky Billar Curang Tular, Netizen Mohon Lesti Kejora Terus Kuat

Baru-baru ini, tular sebuah video penyanyi dangdut Lesti Kejora dan suaminya, Rizky Billar yang diramal bakal berlaku kecurangan terhadap rumah tangga mereka dalam sebuah program realiti di Indonesia.

Dakwaan tersebut tercetus apabila pasangan itu memilih sekeping kad yang menunjukkan simbol hati yang ditusuk dengan tiga bilah pedang sebelum diramal.

Menerusi video yang tular di platform TikTok itu, tukang ramal yang dipanggil sebagai Mama Ella menyatakan, ada seorang wanita yang sedang mendekati Billar hanya untuk menumpang populariti dan kesenangannya.

“Ini datangnya dari Billar, saya lihat ada seorang wanita yang sedang mendekati Billar sama ada niatnya terhadap kamu hanya kerana duit atau hanya mahu tumpang populariti.

“Jadi perempuan ini yang boleh jadi pengganggu di masa hadapan. Tapi kita harap semoga yang baik-baik dan berhati-hati  sahaja,” katanya.

Tukang tilik itu turut berpesan kepada pelakon itu agar lebih berhati-hati kerana dia juga meramalkan namanya akan tercemar sekiranya perkara itu terjadi.

“Hati-hati, jangan sampai masalah ini buat Billar tergoda dan akan menyebabkan nama kamu tercemar nanti. Jadi saya sarankan lebih hati-hati dan berjaga-jaga agar perkara itu tidak akan terjadi.

“Malah, perempuan itu juga mempunyai niat yang lain dan tidak sukakan kamu sepenuhnya. Kita doakan sahajalah semoga tidak ada apa-apa yang berlaku,” katanya.

Video yang berdurasi lebih kurang tiga minit itu turut memperlihatkan reaksi Billar yang seolah-olah sedang cemas dan tidak senang duduk sejurus ramalan tersebut dinyatakan.

@dora_rara08 Semoga tabah Lesty😩 #lestykejora #rizkybillar #viral #fyp #indonesia ♬ Sad song by piano and violin(886018) – NOVA

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan kenyataan berkenaan dan berharap agar Lesti terus kuat demi anak mereka.

“Iyaa ternyata betul dehh.

“Kini ramalan menjadi benar. Semoga terus kuat dik lesti.. Bangkit demi anak.

“Nampak sangat Rizky Billar buat muka kat situ, dia tau cuma pura-pura terkejut,” komen netizen.

Terdahulu, isu keganasan rumah tangga membabitkan pasangan tersebut tular di media sosial selepas penyanyi itu mendedahkan dirinya telah membuat laporan polis dan mendakwa suaminya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dihempas Ke Lantai & Leher Dicekik, Lesti Kejora Buat Laporan Polis Terhadap Rizky Billar

ARTIKEL BERKAITAN: Dipakaikan Pendakap Leher, Lesti Kejora Alami Tulang Bergeser Akibat Dipukul

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 5 Jul 2019

Benda Negatif? Sorry, Next!

Teruskan menjadi Ibu Yang Terbaik!

Hiburan Sun, 8 Sep 2019
Hiburan Mon, 22 Jan 2018

KANG GARY REVEALS THE TRUTH ABOUT HIS FAMILY AND DISAPPEARANCE

When Kang Gary decided to leave Running Man, many people have been truly heartbroken. However, after that, he continued to give surprises as he suddenly got married and subsequently went missing from the public’s view.

Hiburan Mon, 15 Oct 2018

Masya Masyitah Akui Punyai Kekuatan Vokalnya Tersendiri

Kalau nak tahu sedap ke tak suara Masya Masyitah ni, jangan lupa dengar lagu Halimunan okay!

Hiburan Wed, 14 Sep 2022
Featured Thu, 28 Apr 2022
Featured Wed, 6 Apr 2022

Beli Rangka Ayam Tak Cuci Bersih Di Bazar Ramadan, Netizen Berang – “Nak Meniaga Biar Ikhlas!”

Nak marah tapi kena sabar hm.. Sampainya hati peniaga bazar Ramadan buat macam ni

error: Content is protected !!