Hiburan By: SGMS Enal July 16, 2019 @ 11:00pm

Video Reza Hasbi Bertumbuk Tular, Apa Kes Ni?

Bukan saja dimaki hamun, malah ditumbuk pula. Semuanya gara-gara pelakon Reza Hasbi ‘salah’ meletak kereta di kawasan parkir tidak dibenarkan.

Video rakaman menunjukkan pelakon filem Showdown itu bertengkar dengan seorang pengawal keselamatan mulai tular sejak semalam.

Reza ketika dihubungi XTRA, menjelaskan insiden itu berlaku selepas dia baru saja menghantar isteri untuk mendapatkan rawatan di depan Bahagian Kecemasan Hospital Sungai Buloh, malam kelmarin.

“Ketika itu kawasan parkir penuh dan saya ‘park’ lah sekejap kereta di satu kawasan berdekatan sebab saya tengok kebetulan ada beberapa buah kereta yang turut diletak di situ.

“Selepas saya matikan enjin kereta, saya keluar dan tiba-tiba terdengar jeritan pengawal keselamatan itu yang marah memberitahu saya tak boleh ‘park’ kereta di situ,” katanya.

Reza selepas itu kembali semula ke kereta untuk mengubah kereta ke lokasi lain dan sebaik saja terpandang cermin pandang belakang, dia nampak pengawal itu kemudiannya melontar kon jalan ke arah keretanya.

“Saya tanya dia elok-elok, kenapa baling kon ke arah kereta saya? Saya dalam proses nak ubah kereta, jadi saya minta dia bersabar.

“Selepas itu saya cuba masuk semula ke kereta dan dia menghampiri saya lalu melakukan provokasi selain mencabar saya.

“Disebabkan provokasi melampau dan dia pun sudah terlalu rapat dengan tubuh saya, saya terpaksa menolaknya sehinggalah akhirnya kami mulai bertumbuk dan bersepak terajang,” kata Reza.

Susulan pergaduhan itu, dia mengalami cedera di muka dan lebam di tangan dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh pada jam 3.55 pagi.

Selain itu, Reza juga sudah bertemu dengan pihak pengurusan pengawal keselamatan bagi menyelesaikan isu yang berlaku.

“Saya tunjuk rakaman video kepada pihak pengurusan pengawal keselamatan dan mereka juga terkejut lalu meminta maaf.

“Saya nak selesaikan perkara ini dan tidak mahu memanjangkan isu. Bagi saya, dia tidak sepatutnya bersikap sebegitu dan tidak layak menjadi pengawal keselamatan.

“Tugas seorang pengawal keselamatan paling dekat dengan orang awam dan mereka sepatutnya menjaga orang isu keselamatan di kawasan itu,” katanya berharap insiden berlaku ke atasnya boleh dijadikan iktibar.

Oleh: Endy Ashari

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 23 Jan 2019

Pasangan Selebriti Terkenal Indonesie SAH Bercerai Hari Ini

Gading dan Gisel bernikah pada 15 November 2013 di Bali dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Gempita Noura Marten.

Hiburan Tue, 24 Apr 2018

Selepas Usher, Yuna Kini Bakal Berduet Bersama Zedd!

Zedd merupakan pengarah muzik yang terkenal dari Rusia. Yuna telah menyatakan hasratnya untuk berkolaborasi dengannya.

Hiburan Tue, 24 Jul 2018

Suami Boleh Faham, Ifa Raziah Pelik Orang Luar Yang Lebih ‘Over’

Foto Datuk Boy Iman merangkul erat pinggang penyanyi Ifa Raziah menjadi topik hangat sejak dimuat turun beberapa hari lepas.

Hiburan Wed, 20 Dec 2017

YUNA DAPAT PUJIAN LAGI?

Yuna yang kini menetap di Los Angeles, Amerika Syarikat itu tidak keberatan untuk membantu sebuah keluarga yang berasal dari Kedah apabila berhadapan situasi sukar ketika bercuti disana

Events Fri, 14 Sep 2018

#daiTV3 : Siapakah Yang Layak Ke Pentas Pendakwah Nusantara Musim Yang Ke-6 Ini?

Episod Separuh Akhir Pendakwah Nusantara Musim Yang Ke-6 hanya di TV3!

Featured Fri, 20 Jan 2023

| Live TV