Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi July 13, 2022 @ 6:20pm

[VIDEO] Rumah Tangga Didakwa Bergolak, Noh Salleh Buka Mulut – “Apa Yang Boleh Saya Katakan….”

“Fake news, semua kena tipu.”

Demikian kenyataan ringkas vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh mengenai desas desus keretakan rumah tangganya bersama selebriti Mizz Nina.

Mengakui terkejut dengan gosip yang sedang bertebaran di serata media sosial, Noh baru sahaja dimaklumkan mengenai berita tersebut oleh wakil pengurusnya.

“Entahlah, tiada komen. Semua kena tipu.. Good luck.

“Saya baru dimaklumkan oleh wakil pengurusan mengenai gosip yang timbul ini. Tak sangka ada cerita begini pula yang timbul.

“Apa yang boleh saya katakan itu adalah berita palsu,” ujar Noh.

Menurut Noh, dia hanya memberi tumpuan sepenuhnya kepada anak, kerjaya dan tidak mahu kisah peribadinya menjadi perhatian.

“Tak ada makna pada saya. Saya keluar untuk menonjolkan karya dan seni saya, bukan menjual perkara peribadi,” jelasnya kepada XTRA.

 

Menceritakan pengalaman menjadi seorang bapa, Noh mengakui perasaan yang dilaluinya itu sangat luar biasa.

“Perkataan cinta dan kasih sayang itu pada anak melebihi segalanya, berada di tahap langit. Saya baru sedar perkara itu.

“Anak saya semakin sihat alhamdulillah, itu yang paling utama.

“Sekarang ini saya dan isteri lebih fokus kepada kesihatan anak. Setiap dua minggu sekali akan bawa akan kami melakukan pemeriksaan,” ujarnya.

Untuk rekod, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011.

Belum dikurniakan rezeki memiliki cahaya mata, mereka mengambil seorang anak angkat lelaki bernama Musa yang dianggap satu anugerah terindah daripada Allah SWT.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 23 Aug 2019

Halal Gap? Ernie Perjelas Isu Pegang Tangan Syamel

Biasalah tu, diorang kan rakan duet?

Featured Thu, 6 Oct 2022
Featured Fri, 6 Mar 2020
Featured Wed, 8 Feb 2023
Hiburan Tue, 1 May 2018

Kongsi Saat Bahagia, Rita Rudaini Tak Berahsia Lagi

Menurut Rita, beliau kongsikan saat bahagia biarpun perkahwinan rahsia itu tidak diraikan dalam majlis serba mewah!

Trending Fri, 15 Dec 2017

Ular Yang Di Sangka Jinak Tetapi..

Remaja berasal Bojongsoan, Indonesia meninggal dunia selepas dipatuk ular kesayangannya…aduhai.

Featured Wed, 20 Nov 2019

Gaya individu mengikut zodiak. Agak-agak betul tak?

Gaya dikatakan bersesuaian dengan personaliti

Hiburan Tue, 23 Jul 2019

Kyungsoo’s Trending on Twitter Just for Looking Healthy

K-pop fans really show true dedication and love for their idols, don’t they?

error: Content is protected !!