[VIDEO] Sang Dewi Versi Misha Omar Buat Ramai ‘Galau’ – “Merintih! Nak Full Cover Please”

Penyanyi Misha Omar, 40, mencuri perhatian ramai selepas tular sebuah video memaparkan dirinya menyanyikan lagu popular Indonesia.

Menerusi video berdurasi 55 saat itu, Misha atau nama sebenarnya Samihah @ Aisah Omar membawa lagu Sang Dewi nyanyian asal Lyodra dan Andi Rianto.

Gemersik kelunakan suara yang dipersembahkan oleh Misha semasa menyanyikan lagu tersebut tidak dinafikan membuat ramai pendengar ‘jiwa kacau’.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meminta pemenang vokal terbaik Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-33 ini untuk menyanyikan lagu berkenaan secara penuh.

Dalam pada itu, segelintir netizen turut berkata pelantun lagu fenomena Bunga-Bunga Cinta ini seakan menyuntik jiwa yang sama dengan Lyodra.

“Punyalah selama ini ingatkan suara Lyodra ni sama dengan vibe siapa, rupanya Kak Mitch!” kata salah seorang netizen di ruang komen.

Semasa artikel ini ditulis, video ini telah meraih sebanyak 100,000 tontonan, 10,000 tanda suka dan lebih 200 komen.

@naiem191

Sang Dewi – Misha Omar #sangdewi #mishaomar #cover #fyp #fypシ

♬ original sound – naiem – naiem

Aqilah Paharuzi