Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 20, 2023 @ 4:17pm

[VIDEO] “Semoga Lebih Bahagia & Sukses, Awak Single Mom Yang…” – Tunjuk Sikap Prihatin, Netizen Terharu Dengar Pesanan Andi Arsyil Pada Puteri Sarah

Pelakon terkenal Indonesia, Andi Arsyil mencuri perhatian ramai di media sosial selepas tular video dia memberikan pesanan dan doa kepada rakan niaga, selebriti Puteri Sarah Liyana.

Menerusi video tular di aplikasi TikTok itu, Andi dan Puteri Sarah sedang membuat siaran langsung menarik tumpuan peminat mereka.

Menurut aktor filem Ketika Cinta Bertasbih itu, Andi mendoakan Puteri Sarah menjadi seorang wanita yang berjaya dan paling bahagia.

“Teman-teman doakan Puteri Sarah semua, semoga dia kuat, jadi lebih baik, semoga bahagia. Kamu harus tunjukkan kamu hebat bisa jadi wanita yang sukses.

“Walaupun awak single mom tapi bisa jadi seorang yang lebih baik. Aku doakan, kita doakan bersama-sama ya.

“Kita sokong dan respek usahanya,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu melihat sikap Andi Arsyil yang menunjukkan perasaan prihatin terhadap Puteri Sarah.

Andi Arsyil

Andi Arsyil

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 195,000 tontonan, 8,000 tanda suka dan 300 komen.

Sebelum ini, tular beberapa video mesra Puteri Sarah dan Andi yang tersasul memanggilnya dengan panggilan sayang.

Bagaimanapun, Puteri Sarah menyerahkan soal jodoh kepada Yang Maha Esa.

Artikel Berkaitan: “Akhirnya Allah Tunjuk Siapa Kau, Satu Family Ada Access!” – Puteri Sarah Dedah Siapa ‘Mastura’?

Artikel Berkaitan: Tersipu Malu Video Call Dengan Andi Arsyil, Puteri Sarah Sempat Usik Manja… Netizen Doa Moga Berjodoh – “Kamu Jangan Ketawa Tengok Aku…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 11 Oct 2019

郭修彧:人生唯一不变的就是改变

带着第二张个人创作专辑《盲点》回马宣传的Shio郭修彧,相较于早期出道的她,这趟的回马之旅似乎变得「真正的」开朗健谈……

Featured Mon, 19 Sep 2022

Menguji Kekentalan Jiwa, Generasi Z Kembali Dengan Musim Kedua!

Dengar cerita macam lagi mencabar je musim kedua ni! Wajib tengok 🤩

Featured Fri, 2 May 2025

“Saya Faham Perasaannya” – Isu ‘Perempuan Itu’, Shila Amzah Sokong Kenyataan Nabila Huda

Shila menzahirkan empati mendalam terhadap situasi yang dihadapi Nabila

Featured Fri, 16 Dec 2022

“Yang Pergi Bukannya Kau Tak Layak Tapi…” – Pesanan Makan Dalam Iddin Ramli Jentik Hati Netizen

Penulis buku dan juga pempengaruh, Iddin Ramli yang terkenal dengan ‘content’ nasihat berunsur dakwah tular di media sosial dengan kata-katanya yang memberi kesedaran kepada warganet. @iddinramliiYang tak patut akan tetap pergi.♬ Untuk Mencintaimu – Seventeen Menerusi […]

Featured Tue, 13 Jul 2021

“Ada Ibu Bapa Yang Tak Mampu Beli..”- Umie Aida Mohon Sumbangan Baju Pesakit Buat Kanak-Kanak Di IJN

Pelakon jelita, Datin Seri Paduka Umie Aida  meminta bantuan orang ramai yang mempunyai pakaian kanak-kanak terpakai berusia antara dua hingga lima tahun untuk memberi sumbangan  kepada pesakit kanak-kanak di wad Pediatrik Institut Jantung Negara (IJN). […]

error: Content is protected !!