Hiburan By: Khairil Khusyairi October 12, 2022 @ 5:57pm

[VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Punca Sebenar Lupa Lirik, Netizen Puji Tetap Sedap

Pentas akhir Terpaling Juara baru-baru ini menampilkan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai juri jemputan.

Siti Nurhaliza juga turut membuat persembahan menerusi tiga buah lagu popularnya iaitu, Wajah Kekasih, Ku Milikmu dan Balqis.

Seperti yang dinantikan semua penonton, ramai meluahkan rasa teruja mereka apabila dapat melihat penyanyi nombor satu negara itu membuat persembahan di kaca TV.

Namun saat penonton menikmati persembahan itu, Siti dilihat terlupa lirik ketika menyampaikan lagu popularnya itu.

Tampil menjelaskan perkara tersebut, Siti memberitahu keadaan sebenar ketika menyampaikan lagu Balqis dengan mengatakan juru kamera menghalang prompter dan menyebabkan pandangannya terhalang.

“Cameraman halang prompter/lirik…tak nampak,” tulis Siti.

Bagaimanapun, Siti berjaya mengawal situasi tersebut dengan profesional sekali demi menghiburkan penonton.

@watieysoong @Siti Nurhaliza #sitinurhaliza #fyp #ctdk #terpalingjuara ♬ original sound – Watiey Soong

Melihat kepada reaksi netizen di media sosial, rata-rata netizen memahami keadaan tersebut kerana ia dilihat kesalahan biasa yang terjadi kepada setiap penyanyi.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 25 Mar 2018

Hael Husaini Dan Nabila Razali Bercinta?

Ramai yang setuju jika Hael Husaini dan Nabila Razali bercinta, tetapi adakah benar atau gimik sahaja!!!

Fab Foodies! Wed, 24 Jan 2018

PREP YOUR TASTEBUDS FOR MALAYSIA’S SPICIEST BURGER!

For the brave-hearted souls out there!

Trending Wed, 20 Oct 2021

“Mohon Agar Penyebaran Video Terbabit Dihentikan Serta Merta” – Isu Fauzi Nawawi & Raja Farah, Khir Rahman Minta Maaf Di IG

Terpalit dalam isu yang melibatkan Fauzi Nawawi dan Raja Farah, pelakon Khir Rahman tampil memohon maaf menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya. Rakaman sebuah program yang diacarakan oleh Khir bersama Shuk Sahar tular di laman […]

Hiburan Tue, 30 Oct 2018

Siap Sedia! Luncai Emas Bawakan TAMASYA ANAK MUDA 3 November Ini

Bersedialah untuk sebuah tamasya yang akan mengegarkan hari Sabtu anda, jom!

Hiburan Tue, 13 Aug 2019