Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 6, 2023 @ 12:39pm

[VIDEO] Sweetnya! Buat Surprise Lamar Shila Amzah, Ubai MZ Dilabel Lelaki Romantik

Pasangan popular, Shila Amzah dan tunangnya yang juga pempengaruh media sosial, Ubai MZ sekali lagi mencuri perhatian apabila Ubai berkongsi beberapa video romantik ketika melamar Shila menerusi akaun TikTok miliknya.

Menerusi hantaran di platform berkenaan, Ubai dan Shila kelihatan memakai pakaian serba putih sambil makan malam bersama disebuah tasik taman permainan popular negara sebelum memberi kejutan melamar Shila dengan sepanduk tertera tulisan ‘Will You Marry Me’.

“She said. Yes!,” katanya.

@ubaimz She said yes ! #sembangentertainment ♬ A thousand years – Zeus

 

Manakala, menerusi hantaran yang berlainan pula, Ubai dan Shila kelihatan meraikan hari bahagia mereka dengan bertemankan pancaran bunga api sambil mengucapkan terima kasih kepada semua peminat dan pengikutnya yang tidak henti mendoakan yang terbaik buat hubungan mereka.

“Terima kasih untuk semua doa-doa indah kalian,” jelasnya.

 

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 1 juta tontonan dan menerima lebih 100,000 tanda suka beserta pelbagai komen daripada netizen.

Effort tu memang superb! Sweet lah Ubai

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Ubai yang dilihat begitu romantik walaupun terdapat jarak usia antara mereka berdua.

Bahkan, ada yang menggelar Ubai sebagai lelaki romantik dek kerana menganggap tidak semua lelaki mampu melakukan perkara sedemikian.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 4 Jan 2018

DAYANG NURFAIZAH TERUJA WALAUPUN NERVOUS. TAHNIAH!

Dayang turut menyanyikan 25 buah lagu termasuklah lagu-lagu hit nya yang terdahulu seperti, Seandainya Masih Ada Cinta, Erti Hidup, Kembalilah Sayang, Dayang Sayang Kamu, dan banyak lagi. 

Hiburan Tue, 7 May 2024
Hiburan Fri, 28 Mar 2025
Featured Thu, 21 May 2020
Trending Tue, 19 Jan 2021

Bekerja Dengan Suami Orang? Nana Tak Ada Masalah Jadi Rakan Duet Nubhan

Nana & Nubhan muncul dengan lagu duet baharu!

Events Wed, 15 Jan 2020

Ayie Floor 88 Rebah Ketika Buat Persembahan?

Semoga cepat sembuh ye Ayie!

Featured Fri, 15 Aug 2025

Kongsi Foto Hitam Putih, Nabila Razali Terbabit Kemalangan Jalan Raya? – “Not The Friday I Ordered”

Nabila Razali menyorot perhatian selepas berkongsi beberapa foto kenderaan miliknya.

error: Content is protected !!