[VIDEO] “Tahniah Datin Anju!” – Zarina Anjoulie Kongsi Momen Tempah Baju Kahwin, Ramai Peminat Teruja!

Sejak kebelakangan ini, nama pelakon Zarina Anjoulie sering menjadi bualan ramai apabila kerap memuat naik video bersama kekasih baharunya di media sosial.

Melihat kemesraan pasangan sedang bercinta itu, ramai yang mendoakan supaya hubungan tersebut berterusan hingga ke jenjang pelamin.

Selepas diasak dengan pertanyaan bila ingin berkahwin, Zarina atau mesra di sapa Anju hanya meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buatnya dan kekasih.

Terbaru, Anju berkongsi sebuah video yang menzahirkan rasa terujanya apabila dia dan pasangan dalam perjalanan ke butik pengantin bagi menempah baju perkahwinan mereka.

“Hi guys, Assalamualaikum… excited for today! Hari ini nak pergi tempah kami punya baju kahwin,” katanya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet turut berasa teruja dan gembira dengan perkongsian Anju itu.

“Wow excited nak tengok Anju kahwin.

“Alhamdulillah semoga Anju bahagia bersama pasangan hingga ke Jannah.

“I’m happy for you Anju… semoga dipermudahkan urusan,” tulis warganet

Namun begitu, Anju masih belum mendedahkan tarikh sebenar majlis perkahwinannya dengan kekasihnya yang dikenali sebagai Datuk Sri Khazrul.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Adakah Saya Sudah Bersedia?” – Kekasih Zarina Anjoulie Beri Hadiah Pakaian Muslimah & Tudung

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen ‘Muak’ Kerap Muat Naik Video Bersama Kekasih Baru, Zarina Anjoulie Tampil Beri Respons

Atiqah Johari