[VIDEO] “Tak Nak ‘Panaskan’ Kerusi Simpanan Lagi, Tekad Cari Pasukan Yang Lebih Memerlukan Khidmat Saya…” – Safawi Rasid

Pemain sayap pasukan kebangsaan, Safawi Rasid secara rasminya menyertai kelab Thailand, Ratchaburi FC untuk beraksi dalam Liga Thailand selepas berakhirnya saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) Januari depan.

Menerusi sebuah video temu bual Harimau Malaya, Safawi meluahkan rasa teruja apabila khidmatnya diperlukan oleh Racthaburi selama kontrak pinjaman setahun.

Sementara itu, Safawi turut mendedahkan salah satu punca kariernya sukar untuk meraih tempat dalam pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah kerana jarang memperoleh minit permainan.

“Tahun ini, saya kurang bermain dan saya berbangga national team panggil saya. Saya akan buktikan kebolehan saya dalam tournament ini.

“Saya sangat hargai kepada Presiden Ratchaburi kerana dia mahu khidmat saya. Saya pun tak sabar untuk beraksi di sana tetapi saya mahu fokus kepada AFF dulu.

“Dalam umur saya ini, saya perlukan minit permainan. Walaupun nanti saya dah habis loan dengan Racthaburi, selepas itu saya perlu cari pasukan yang betul-betul memerlukan khidmat saya dan saya tak nak duduk di bench lagi,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, suami kepada pempengaruh Syifa Melvin turut berkata bulan madu mereka terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu kerana mahu memberi tumpuan sepenuhnya dan juga merebut tempat dalam kesebelasan utama Harimau Malaya.

Aqilah Paharuzi