“Jenuh Dengar Orang Mengata, Adakah Tiada Hak Untuk…” – Nukilan Ibu Syifa Melvin ‘Jentik’ Hati Ramai

Pempengaruh dan usahawan, Syifa Melvin berkongsi sebuah nukilan hasil tulisan daripada ibu tercintanya, Robiah Rahman yang telah menyentuh hati ramai pengikutnya.

Difahamkan nukilan atau pesanan yang sarat dengan mesej mendalam itu ditulis pada kad perkahwinan Syifa dan suaminya, Safawi Rasid, iaitu pemain bola Johor Darul Ta’zim (JDT).

Menerusi nukilan tersebut, ibu Syifa seakan menggambarkan percintaan pasangan sejoli Syifa dan Safawi tidaklah mudah seperti yang disangka ramai.

“Ku coretkan tinta ini sempena hari bahagiamu. Untuk kamu-kamu kesayanganku. Debar bahagia seorang ibu, bila tiba waktu…

“Betapa seorang ibu ini telah jenuh menjadi saksi pada liku-liku cinta yang selalu diuji. Namun cinta kalian teguh berdiri.

“Jenuh harungi buih-buih derita, jenuh dengar orang mengata. Tetapi tidak ada Allah ada bersama kita.

“Yang tak tahu terus menghukum, jenuh pekakkan telinga dari mendengar segala cerca… Kadang terfikir juga apakah kalian tiada hak untuk bahagia.

“Ayah dan ibu serahkan kamu pada dia cinta sejatimu. Sulamlah cinta dan kasihmu tanpa jemu kerana dihadapan lebih banyak onak menunggu..,” ucapnya yang tertera di kad kahwin tersebut.

Pasangan ini sah disatukan pada 28 November lalu dalam majlis yang dihadiri oleh keluarga terdekat dan sahabat rapat berlangsung di hotel Hilton Petaling Jaya.

Syifa menerima sebentuk cincin sebagai mas kahwin dan jumlah hantaran dirahsiakan.

Artikel Berkaitan: Safawi Rasid, Syifa Melvin Sah Bergelar Suami Isteri, Mas Kahwin Sebentuk Cincin

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Tak Nak ‘Panaskan’ Kerusi Simpanan Lagi, Tekad Cari Pasukan Yang Lebih Memerlukan Khidmat Saya…” – Safawi Rasid

Aqilah Paharuzi