[VIDEO] Tak Sabar Nak Cium Isteri, Suami Tasnim Shah Dikecam – “Gaya Macam Mat Rempit, Tak Jaga Aib!”

Heboh di serata media sosial mengenai tindakan suami pempengaruh terkenal, Tasnim Shah yang melakukan aksi kurang menyenangkan serta dianggap tidak menjaga aib isterinya.

Difahamkan, Tasnim baru sahaja berkahwin dengan teman lelakinya, Amin Daniel yang juga merupakan anak kepada salah serorang ahli politik terkenal, Jamal Yunos pada minggu lalu.

Terkini, nama Tasnim dan Amin hangat menjadi perbualan netizen selepas tular sebuah video berdurasi 24 saat memaparkan pasangan ini berada di tengah-tengah khayalak ramai namun apa yang menjadi tumpuan adalah, gelagat suaminya itu yang seakan-akan tidak sabar ingin ‘mencium mulut’ isterinya.

Video yang dimuat naik oleh kenalan rapat pasangan ini di aplikasi TikTok, meraih perhatian rata-rata netizen yang meluat dengan tindakan tersebut sehingga ada yang menggelarkan dirinya sebagai seorang ‘rempit’ gara-gara tindakannya yang memalukan itu.

Malah, ramai dalam kalangan mereka tidak bersetuju dengan tindakan suami Tasnim yang diangggap keterlaluan meskipun ia hanyalah gurauan semata-mata.

Sebelum ini, Tasnim pernah dikecam netizen akibat berkongsi gambar percutian mewah di Dubai sebagai ‘self-reward’ selepas berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam jurusan undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Artikel Berkaitan: Self Reward Beli Tiket Flight First Class, Dikecam Belajar Di UiTM… Ini Respons Tasnim Shah

Semasa artikel ini ditulis, video tular berkenaan meraih sebanyak 1.9 juta tontonan, lebih 148,000 tanda suka dan 1160 komen.

Aqilah Paharuzi