[VIDEO] “Tak Tenang Bapak Nak Buat Video” – Pujuk Anak Menangis, Ryzal Terpaksa Berhenti Rakam Video

Tular sebuah video perkongsian pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim yang sedang membuat ‘transition’ baju Melayu diganggu oleh anaknya, Rina yang menangis.

Menerusi video tersebut, Ryzal baru sahaja mengenakan sampin terpaksa memujuk anaknya agar berhenti menangis.

@ryzalibrhm

Tak tenang bapak nak buat video

♬ Lemak Manis – زم هوسقۏرنا🇲🇾

“Tak tenang bapak nak buat video,” tulis Ryzal di ruangan kapsyen.

Video tersebut bukan sahaja menarik perhatian netizen kerana melihat kecomelan Rina apabila menangis tetapi juga telatahnya yang terus diam apabila ternampak kamera.

Apa yang lebih mencuit hati, kebiasaannya kaum wanita yang akan mengambil masa untuk bersiap lambat dan juga terpengaruh dengan ‘trend transition’ di TikTok tetapi sebaliknya pula yang terjadi antara Ryzal dan isterinya, Maryam.

Video itu juga meraih sebanyak 230,000 tontonan dan rata-rata netizen meninggalkan komen tentang kecomelan yang dimiliki oleh Rina.

“Eh nampak kamera senyap, siap betulkan rambut. Adoi Rina!

“Anak Korea sambut Raya. Comelnya.

“Comel betul Rina ni,” tulis netizen di ruangan komen.

Izzi Farhana