[VIDEO] Tayang Baby Bump, Peminat Label Kaka Azraf ‘Maintain’ Lawa

Penyanyi popular, Kaka Azraff sebelum ini mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan dia kini hamil anak ketiganya dan bakal melahirkan pada Jun depan.

Bagaimanapun, menerusi perkongsian di TikTok, ramai dalam kalangan peminat terkejut dan berasa kagum melihat pelantun lagu Bawa Aku Pergi itu kekal anggun dan cantik walaupun usia kandungannya kini mencecah 6 bulan.

Selain itu, Kaka juga dilihat sempat menunjukkan ‘baby bump’ nya kepada peminat menerusi video berdurasi 9 saat yang dimuat naiknya.

Sebelum ini, Kaka memaklumkan tidak mengalami sebarang perubahan fizikal yang ketara untuk kehamilan kali ini memandangkan dirinya masih sibuk menguruskan anak keduanya yang baru berusia setahun.

“Ya, saya hamil anak ketiga. Sekarang, usia kandungan sudah masuk enam bulan.

“Sememangnya ramai tidak sedar saya hamil sebab muka dan berat badan tak naik, malah saya agak penat mengendalikan anak kedua yang masih kecil.

“Agak penat anak pertama dan kedua masih bermanja dengan saya, jadi saya sempat makan apa sahaja yang ada,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Akui Sedang Hamil Anak Ketiga, Kaka Azraff Bakal Timang Cahaya Mata Lelaki Lagi!

ARTIKEL BERKAITAN:“Our Little Baby Boy Is Strong & Healthy” – Kaka Azraff Selamat Lahir Anak Kedua Pada 22.2.2022, Peminat Puji Pandai Pilih Tarikh

Salma Syahbuddin