“Laki Suka Berzikir Tapi Bini…” -Muat Naik Video ‘Lip Sync’, Fatin Afeefa Dituduh Baca Mandram?

Baru-baru ini, pelakon Fatin Afeefa memuat naik sebuah video sedang ‘lip sync’ sebuah lagu yang trending di TikTok.

Namun begitu, ada individu yang tiba-tiba menuduh Fatin Afeefa sedang membaca mandram kerana lagu tersebut merupakan bahasa Jawa.

“Laki dia suka berzikir dan bini dia baca mandram,” kata individu itu.

Tidak berdiam diri, Fatin dilihat membalas komen tersebut dengan bertanyakan kepada individu itu adakah dia okay.

“Astaga… cakap I baca mandram pulak. Are you okay?” tanya Fatin.

Malah, ada yang mempertikaikan tindakan Fatin yang menghafal lirik lagu dan mempersoal adakah dia menghafaz Al-Quran.

Namun begitu, rata-rata warganet kagum dengan kemampuan Fatin Afeefa menghafal lirik lagu yang sukar tersebut.

Tidak kurang juga, ada yang menyatakan ia perkara yang mudah bagi Fatin kerana telah menghafal skrip 20 tahun sebagai seorang pelakon.

Atiqah Johari