Featured By: Aqilah Paharuzi October 3, 2022 @ 4:28pm

[VIDEO] Teruja Bergambar Dengan Lee Min Ho, Siti Nurhaliza Kongsi Kisah Sebenar – “Hampir Buka Silat Mat Kilau!”

Tular sebuah video memaparkan momen penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama bintang popular Korea, Lee Min Ho berada atas satu pentas ketika konsert sambutan ulang tahun jenama antarabangsa yang sempat dirakam peminat.

Video tular ketika sesi memotong kek itu memaparkan Siti meminta izin untuk mengambil swafoto bersama aktor hebat itu.

Menerusi sebuah hantaran di akaun Instagram milik pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu, ibu kepada dua anak ini sempat berkongsi cerita di sebalik kejadian terbabit.

“Kisahnya memang di luar pentas, kawalan sangat ketat untuk artis antarabangsa seperti @actorleeminho. Kena ikut setiap perancangan yang telah ditetapkan oleh pengurusan LMH ye dan tak boleh ambil gambar selain menggunakan photographer official, tapi bila atas pentas saya tak nak lepaskan peluang keemasan ya.

“Berbekalkan keberanian dan hand phone di tangan, saya tanya Mr KC Hoe… Boleh ke selfie ni? Nanti kena rampas pula hand phone saya.. (takutlah bodyguard tak bagi tau!)..

“Mr KC pun kata pergi ambil saja.. hahaha dalam hati saya kata kalau bodyguard dia naik saya dah bersedia nak buka silat Mat Kilau.

“Apa lagi peluang keemasan depan mata… terus saya bagi hint kat Mr KCHoe, sambil senyum kat LMH ajak selfie.. Sekali dia setujulah… terus jari saya sepantas kilat tekan tak berhenti snap!” tulis Siti di ruangan kapsyen.

Foto selfie Siti bersama Lee Min Ho menjadi perbualan hangat peminat-peminat mereka yang teruja melihat penyanyi kesayangan mereka berada atas satu pentas bersama pelakon Korea kegilaan ramai.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 9 Jun 2022
Featured Fri, 3 Jun 2022

Kecoh! Rakyat Persoal Kos Selenggara Istana Negara Cecah Hingga RM519 Juta

JKR telahpun membuat kenyataan berhubung isu ni…

Trending Sun, 24 Apr 2022
Featured Mon, 17 Oct 2022

Ibu Tepis Dakwaan, IsmailI Izzani Hamilkan Gadis & Kahwin Senyap-Senyap

Allahuakbar.. Siapa lah yang sebar cerita ni?

Featured Fri, 9 Dec 2022
Featured Wed, 29 Apr 2020