Trending By: Fatin Nurain April 24, 2022 @ 2:12pm

Paras Oksigen Menurun, Aripah Damanhuri Ditidurkan

Pelakon veteran Aripah Damanhuri, 73, dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan terpaksa ditidurkan selepas paras oksigen menurun semalam.

Berita itu dikongsi menerusi kumpulan WhatsApp Hijrah Artis oleh anaknya yang dikenali sebagai Boy.

“Assalam wbt semua. Saya Boy, anak Mak Aripah Damanhuri, nak beritahu yang mak sekarang ini sedang diintubate @ ditidurkan di kecemasan HKL. Doktor ‘suspek’ (syak) jangkitan kuman di paru-paru. Pohon doa semua ye agar urusan mak dipermudahkan Insya-Allah,” katanya.

Menurut anaknya, ibunya pernah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh awal bulan ini kerana gout. Malah, beliau tidak menghidap penyakit yang terlalu teruk.

“Namun, selepas dibenarkan keluar, emak mula hilang selera makan dan minum tapi keadaannya masih okey. Bagaimanapun, baru-baru ini emak agak teruk apabila dia tak nak makan langsung dan sebagainya sehinggalah petang semalam dia tak respon semua.

“Kami terus panggil ambulans bawa ke HKL. Doktor buat pemeriksaan dan mendapati bacaan oksigennya menurun kepada 80 peratus dan bacaan darah pun rendah,” katanya.

Selain itu, anaknya turut menjelaskan doktor membuat keputusan menidurkan ibunya serta memaklumkan empat organnya terjejas tetapi bukannya rosak.

“Sekarang doktor memastikan emak bergantung kepada bantuan pernafasan dan beberapa peralatan penting. Kami sedang tunggu perkembangan lanjut. Doakan kesembuhan emak.
Apapun kami bersedia dengan segala kemungkinan dan berdoa agar urusannya dipermudahkan,” katanya.

Menurut Boy, ibunya sudah bersara dari bidang lakonan selama lima tahun dan banyak mengisi masa dengan mengikuti program santai bersama rakan-rakan artis yang lain.

“Emak sudah lima tahun bersara dari lakonan. Masanya banyak diisi dengan mengikuti program santai bersama kawan-kawan artis,” katanya.

Aripah Damanhuri merupakan kakak kepada pelakon Normah Damanhuri banyak membintangi drama sejak 1980-an.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 15 Jan 2024
Featured Mon, 18 Dec 2023
Trending Tue, 30 Jan 2018

Isteri Punca Suami Jadi Anak Derhaka?

Isteri cemburu dengan ibu mertua atau ibu mertua cemburu dengan menantu bukanlah satu perkara yang pelik ketika ini.

Events Thu, 24 Nov 2022

Strim MAMA Awards 2022 Secara Langsung Dengan Percuma!

Satu berita gembira buat ‘fanatik’ K-Pop kerana bertarikh 29 November 2022 dan 30 November 2022 akan diadakan ‘Anugerah K-pop No. 1 Dunia’ iaitu MAMA Awards 2022. Lebih menarik, penonton dapat melihat anugerah itu secara langsung […]

Featured Fri, 9 Dec 2022
Trending Tue, 21 Dec 2021

Ini Cara Pastikan Minyak Wangi Yang Anda Beli Tu Betul-Betul Selamat Dipakai, Senang Je!

Minyak wangi dah lama menjadi aksesori yang wajib dikenakan agar badan kita sentiasa berbau harum dan segar. Sebenarnya minyak wangi boleh membantu kita menjadi lebih yakin untuk berdepan dengan orang ramai. Confident gitu! Banyak minyak […]

Trending Tue, 28 Jul 2020