Trending By: Padin December 21, 2021 @ 1:26pm

Ini Cara Pastikan Minyak Wangi Yang Anda Beli Tu Betul-Betul Selamat Dipakai, Senang Je!

Minyak wangi dah lama menjadi aksesori yang wajib dikenakan agar badan kita sentiasa berbau harum dan segar. Sebenarnya minyak wangi boleh membantu kita menjadi lebih yakin untuk berdepan dengan orang ramai. Confident gitu!

Banyak minyak wangi yang terdapat di pasaran sekarang. Sebelum beli, anda kena pastikan minyak wangi tu selamat dipakai untuk memastikan kesihatan anda terjaga. Macam mana nak tahu minyak wangi tu betul-betul selamat dipakai? Meh kami ajar.

Beli minyak wangi berjenama.

Bukan main-main tau. Anda memang kena beli minyak wangi berjenama kalau nak lebih yakin. Minyak wangi berjenama semestinya mengikuti peraturan ketat daripada pembuatan sehinggalah pembungkusan. Confirm lebih selamat.

Beli dari kedai jenama rasmi dan penjual yang disahkan SAHAJA.

Biasa anda beli minyak wangi di mana? Pada kami, baik anda beli dari kedai jenama rasmi dan penjual yang disahkan sahaja. Jangan pandai-pandai beli di kedai atau penjual yang anda tak tahu dari mana asal-usul. Takut minyak wangi tu tak selamat je.

Hati-hati kalau harganya terlalu rendah, entah-entah palsu!

Nampak harga murah je, mesti nak beli. Biasalah tu. Bab ni kalau anda nak gunakan pada minyak wangi, kena hati-hati sikit. Lagi-lagi kalau minyak wangi tu murah sangat. Sounds fishy. Manalah tahu minyak wangi tu palsu. Bahaya kot.

Minta resit asal untuk minyak wangi yang anda beli.

Setiap minyak wangi yang dibeli, jangan lupa tanya pasal resit dulu. Resit ni penting untuk pastikan anda boleh claim kalau jadi apa-apa. Kena pastikan resit yang asli ya. Kalau kedai atau penjual tu tak boleh sediakan resit, bye bye je la kat dia.

Check ada tak logo seperti HALAL, ISO atau sebarang pensijilan lain yang boleh dipercayai.

Paling penting, anda kena check logo seperti HALAL, ISO atau sijil yang dipercayai pada minyak wangi tu. Senarai bahan yang digunakan dalam minyak wangi tu pun kena check. Kalau label pada minyak wangi tu pun nampak ragu-ragu, lagi elok tak payah beli.

Hubungi NPRA kalau anda ada sebarang keraguan.

Masih ragu-ragu dengan minyak wangi tu? Tak apa. Anda boleh hubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). Check sama ada minyak wangi yang anda nak beli tu ada dalam senarai produk yang berdaftar di NPRA atau tak. Kalau ada, memang selamatlah.

Lebih selamat kalau minyak wangi tu ada Perfume Safety Seal!

Nak lebih selamat dan yakin, kami syorkan anda gunakan minyak wangi jenama Dashing, Romano dan Enchanteur. Minyak wangi ni semuanya popular di Malaysia sekarang. Kalau dah cuba satu, mesti akan repeat punya.

Penting untuk beli produk yang betul-betul sahih kan? Haa.. Bahan-bahan dalam minyak wangi jenama Dashing, Romano dan Enchanteur sudah mematuhi piawaian keselamatan antarabangsa yang ketat tau.

Sebab tu la, mereka perkenalkan Perfume Safety Seal yang ada pada minyak wangi mereka. Haa.. Sekarang anda mesti dah tertanya-tanya, apa fungsi Perfume Safety Seal ni sebenarnya?

Perfume Safety Seal membantu untuk membuktikan semua bahan yang digunakan telah dinilai selamat tanpa kesan sampingan yang berbahaya kepada kesihatan anda. Paling best, anda boleh check sama ada produk yang anda beli tu sahih atau tak dengan hanya mengimbas kod QR yang ada.

Senang cerita, memang mudah anda nak kenal minyak wangi tu betul-betul selamat dipakai kalau ada Perfume Safety Seal ni. Berguna betul!

Memang berterima kasih sangat pada minyak wangi jenama Dashing, Romano dan Enchanteur yang telah disahkan dengan selamat dengan Perfume Safety Seal. Minyak wangi ni merupakan minyak wangi pertama yang gunakan cara macam ni untuk mudahkan pengguna. Tabik spring la!

Tengok la, betapa pentingnya Perfume Safety Seal ni. Lepas ni boleh la anda pakai minyak wangi yang betul-betul selamat dipakai. Memang bagus la.

Jangan lupa kongsikan perkara ni dengan keluarga dan kawan-kawan anda jugak tau. Anda kena ajar mereka cara ni supaya mereka pakai minyak wangi yang betul-betul selamat.

Untuk info lebih lanjut, anda boleh terus ke laman web ni: https://perfumesafety.com.my

Kredit foto: Instagram @pipirazi, Instagram @enchanteurmy, xtra.com, bangkitmedia.com, istockphoto.com, FB Raja Lepak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 19 Dec 2022

“Sampai Hati Kau Kenakan Orang Buta…” – Caliph Buskers Merayu Minta Bayaran

Macam mana boleh jadi macam ni? Semoga dapat diselesaikan dengan baik

Featured Tue, 7 Sep 2021

Hampir 69 Peratus Populasi Dewasa Lengkap Vaksinasi Setakat Semalam

Sebanyak 68.8 peratus atau 16,107,712 individu daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV). JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter

Featured Wed, 22 Jun 2022
Featured Mon, 3 Oct 2022

[VIDEO] Dikritik Guna Daun Limau Dalam Resepi Nasi Lemak, Ramai Tampil ‘Back Up’ Khairul Aming

Kesian Khairul Aming, lepas satu.. satu kontroversi. Setiap orang kan ada cara masakan sendiri, apapun min suka pula tengok periuk tu

Events Wed, 3 Aug 2022

Kembali Selepas 6 Tahun Sepi, Penganjur Harap Syarat Pencalonan Tak Jadi Sebab AIM 23 Kurang Dapat Sambutan Penggiat Industri

Wowwww! Akhirnya anugerah berprestij ini kembali. Tunggu bulan 9 ya semua!! 🤩🤩

Hiburan Thu, 8 Dec 2022
Trending Sat, 10 Mar 2018

Berita Palsu Lebih Mendapat Perhatian Di Twitter

Fenomena penyebaran berita palsu semakin berleluasa sejak kebelakangan ini. Ketika platform berita berginjak ke ruang digital, kredibiliti sesebuah berita yang dilaporkan boleh diragui kesahihannya.

| Live TV

error: Content is protected !!