Trending By: Yanie Baharom June 25, 2018 @ 8:00pm

Isteri Dato’ Seri Aliff Syukri Selamat Melahirkan Anak Keempat. Tahniah H&H Ucapkan!

Melahirkan bayi lelaki seberat 3.15 kilogram tanpa jahitan merupakan satu pengalaman luar biasa bagi seorang ibu begitu juga yang dilalui Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid.

Berita gembira mengenai isteri kepada usahawan dan penyanyi Dato’ Seri Aliff Syukri itu dikongsi sendiri oleh ibu kepada pengasas produk kosmetik itu, Rozita Ibrahim menerusi laman Instagram miliknya kira-kira jam 4.50 petang tadi.

Menurut pengasas produk Sendayu Tinggi itu, menantunya, Nur Shahida melalui proses bersalin dengan mudah selama satu jam tanpa sebarang jahitan.

“Teruja sangat saya sampai tak pakai kasut berkejar sambut cucu. Senang sangat menantu saya bersalin selepas buka 4 cm.

“Tak sampai satu jam dia melahirkan bayi yang sangat comel. Berat 3.15 kg tanpa jahitan. Alhamdulillah, cucu lelaki yang comel sangat-sangat,” tulisnya.

Foto: mStar

Rozita memuat naik video yang memperlihatkan wajah bayi pasangan itu di laman sosialnya. Manakala penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu turut memuat naik video ketika menemani isterinya yang sedang menunggu detik melahirkan bayi mereka.

Sebelum ini, Aliff sudah lama mengimpikan zuriat yang ramai dan tidak menyangka dia mendapat rezeki itu selepas mengambil dua orang angkat.

Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6.

Pasangan ini mengambil anak angkat pada tahun lalu iaitu Ameena pada bulan Oktober yang kini berusia sembilan bulan dan Qayyum pada awal Disember yang usianya tujuh bulan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 15 Nov 2023
Trending Thu, 26 Oct 2023
Trending Mon, 16 Nov 2020
Featured Fri, 8 Apr 2022

Anak Menangis Rindukan Ayah, Netizen Tegur Shuk Sahar Agar Jadi Lelaki Bertanggungjawab

Apapun kemelut yang melanda rumah tangga, tolong jangan abaikan anak-anak..

Trending Mon, 15 Oct 2018

ALAMAK! Wanita Ini Cuba Terjun Jambatan Selepas Dapat Tahu Suami Curang Tapi…

Wanita berkenaan dipercayai tertekan dan kurang waras sebab suami curang dan berhutang dengan along. Hurm, stress sangat ni!