Hiburan By: Syamir Shafie November 15, 2023 @ 12:14pm

Dah Lama Pasang Angan-Angan Nak Buat Showcase! Emma Suhaimi Jadikan Famili Duo Peluang Tonjolkan Bakat Menyanyi

Penyanyi dan penyampai radio, Emma Suhaimi menyimpan angan-angan untuk mengadakan showcase suatu hari nanti.

Dedah Emma, dia suka menyanyi sejak kecil lagi dan memang bercita-cita untuk menjadi seorang penyanyi terkenal seperti adiknya, Adira.

“Saya banyak menerima undangan untuk menjayakan persembahan nyanyian di Sabah.

“Nyanyian adalah satu sumber rezeki, saya tidak cerewet dan tidak terlalu memilih soal tempat dan bayaran.

“Bagi saya, asalkan ada tawaran, saya terima sahaja. Sejujurnya, saya menyanyi di mana-mana sahaja sebab itu punca saya mencari rezeki, yang penting halal.

“Di Sabah, saya selalunya diminta untuk menyanyi di kelab, bar, majlis kahwin, majlis korporat, hotel dan banyak tempat lagi,” jelasnya kepada XTRA.

Dalam pada itu, anak kelahiran Ranau, Sabah itu memberitahu dia terpaksa melupakan sebentar impiannya untuk mengadakan showcase atas sebab kekangan masa.

Emma turut berkongsi vokalnya semakin hari semakin berkualiti kerana mendapat latihan setiap hari.

Berbeza dengan beberapa tahun lepas, dia merasakan nyanyiannya teruk namun lebih baik semenjak berkecimpung sebagai penyampai radio dan kini dia sibuk dengan Famili Duo.

Tambah Adira pula, penyanyi lagu Ombak Rindu itu melihat kesungguhan Emma untuk memberikan yang terbaik pada setiap minggu.

“Saya lihat Emma bersungguh-sungguh setiap persembahan. Berdasarkan komentar juri, Ajai dan Mas Idayu, mereka juga mengagumi vokal Emma yang memiliki keunikan tone tersendiri dan boleh menyanyi dengan nada tinggi.

“Biarpun persembahan kami yang mempertaruhkan lagu Menaruh Harapan dan Jangan Kau Mimpi gagal menambat hati juri serta menerima kritikan pedas gara-gara ketandusan kreativiti, saya dan Emma berharap pentas Famili Duo dapat menjadi peluang keemasan untuk menonjolkan bakat nyanyian kami adik beradik,” kata Adira.

Pasangan adik beradik itu ditemui usai konsert mingguan Famili Duo di Studio Glenmarie, Shah Alam, pada Ahad.

Program rancangan hiburan realiti TV berkonsepkan Rancangan Nyanyian Keluarga tersebut menampilkan enam pasangan iaitu Tom dan Fuad Rahman (suami isteri), Syahir dan Shila Amzah (adik-beradik), Adira dan Emma Suhaimi (adik-beradik), Adam dan Ryan Bakery (adik-beradik), Sharif dan Syaiful Zero (adik-beradik) serta Haqiem Rusli dan Ariff Bahran (sepupu).

Jangan lupa saksikan Famili Duo musim ketiga setiap Ahad, jam 9 malam di TV3 dan strim secara HD hanya di Tonton.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Sun, 27 Aug 2023

Minta Tak Sibuk Urusannya, Wanita Bertatu Dibantu Ebit Lew Kembali Buka Tudung?

Hmm iman turun naik kan.. Semoga yang baik baik saja

Trending Tue, 2 Aug 2022

“Proses Pemulihan Sangat Sukar” – Mata Kiri Ben Amir Hampir Buta

Ben Amir hampir buta selepas menimpa kemalangan.

Hiburan Thu, 15 Aug 2019

Keluar Sangkar, Zul Ariffin Jadi Petani?

Penat bertumbuk, Zul Ariffin sibuk pula nak jadi petani. Dah sedia nak comot dan kotorkan tangan? Adakah ini kisah hidup atau sekadar drama terbaru?

Hiburan Fri, 10 May 2019

‘Dia Tak Tahu Sebelah Dia Tu Bakal Suami’- Fahrin Ahmad Kongsi Gambar Lama Dengan Isteri

Semoga Fahrin Ahmad dan Elena sentiasa bahagia didunia dan diakhirat

Featured Thu, 16 Mar 2023
Hiburan Thu, 15 Feb 2024