Trending By: Syamir Shafie October 26, 2023 @ 7:24pm

Sebuah Pasar Raya Di Selayang Didakwa Jual Daging Katak Secara Terbuka, Ini Respons Syarikat Terbabit

Tular di media sosial baru-baru ini beberapa foto yang mendakwa sebuah pasar raya terkenal di Selayang menjual daging katak secara terbuka.

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh FoodPornMalaysia, terdapat daging katak dipamerkan di bahagian barangan basah bersama dengan ikan dan juga makanan laut yang lain.

Tindakan pasar raya itu menjual daging katak dan meletakkannya bersama dengan barangan lain menimbulkan rasa geli netizen.

Malah, orang ramai turut dinasihatkan agar berhati-hati agar tidak membeli daging katak tersebut.

“******* Selayang jual daging katak secara terbuka bersebelahan ikan. Kejadian berlaku apabila makanan haram bercampur dengan yang halal secara longgok di ******* Selayang jadi berhati-hati apabila membeli di pasar raya ini.

“Hati-hati, jangan tersalah beli nanti ingatkan ayam atau burung puyuh rupa-rupanya katak,” tulisnya.

Rata-rata netizen berasa kurang senang dengan adanya daging katak di bahagian barangan basah itu.
Dalam pada itu, netizen turut menggesa hal ini dilaporkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) untuk siasatan lanjut.

Memetik laporan BuzzKini, susulan daripada penularan itu, syarikat Pasar Raya terbabit telah dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai isu terbabit.

Menurut seorang wakil syarikat mereka, kejadian tersebut berlaku pada hari Selasa (24 Oktober) selepas pembekal tersilap menghantar daging berkenaan kepada pasar raya terbabit.

Katanya, mereka sama sekali tidak menjual daging katak berkenaan. Namun pekerja yang menguruskan bahagian itu yang juga warga asing tidak mengetahui barangan basah terbabit adalah daging katak.

“Pekerja warga asing dari syarikat kami tidak mengetahui barangan itu adalah daging katak dan ia kemudian dipamerkan di bahagian berkenaan,” jelasnya.

Namun perkara itu kemudian telah disedari oleh seorang pekerja muslim yang memaklumkan daging tersebut adalah tidak halal.

Perkara itu kemudian dilaporkan kepada penyelia serta bertindak untuk tidak mempamerkan daging terbabit dan melaporkan isu itu kepada pihak pembekal.

Kata wakil syarikat itu lagi, mereka akan memastikan agar perkara seperti ini tidak akan berulang lagi.

Sumber : BuzzKini

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 11 Aug 2018

Muhyiddin Yassin Mungkin Cuti Lebih Lama Jalani Kemoterapi

Penyakit seumpama ini memerlukan tempoh rawatan yang panjang. Beliau akan menjalani rawatan susulan. Beliau mungkin jalani kemoterapi.

Trending Mon, 25 Feb 2019
Hiburan Sun, 14 Jan 2024

Nak Elak Sakit Hati Berlakon Di Set Penggambaran, Umie Aida Perlu Teliti Naskhah – “Saya Tak Suka Pelakon Main-Main, Don’t Waste My Time!”

“Kalau dah rasa popular, gunakan nama tu untuk kebaikan bukan untuk mematikan dalam hanyutan pujian,” – Umie Aida

#tilljannah Sun, 14 Aug 2022

Dengan Sekali Lafaz, Aizat Amdan Selamat Bergelar Suami!

Alhamdulillah, tahniah Aizat & Elyssa!

Trending Mon, 16 Apr 2018

Cheap Singaporean BMW Driver Scams Caltex Worker into Paying for his Petrol

This incident has turned into a national case. Everyone is hunting for the BMW driver!

Featured Thu, 14 Dec 2023
Cahaya Mata Tue, 25 Oct 2022

“Muka Mama Sangat” – Kecomelan Anak Mira Filzah Curi Tumpuan

Rupa paras comel anak lelaki pelakon dan pengacara Mira Filzah, Wan Khair Amir dihujani dengan pelbagai reaksi positif dan pujian dalam kalangan warganet di Instagram. Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman memuat naik foto […]