[VIDEO] Teruja Dapat Lihat Anak Neelofa, Individu Beri Bayangan Wajah Bilal! – “Muka Ada Iras-Iras…”

Masih menjadi perhatian ramai mengenai wajah anak kepada selebriti terkenal Neelofa yang mana sehingga kini masih belum didedahkan kepada umum.

Namun, baru-baru ini, pemilik akaun TikTok @hafizzdjengg berkongsi sebuah video yang memaparkan beberapa individu melihat wajah anak Neelofa, Bilal menerusi telefon milik Neelofa ketika berada di sebuah majlis.

Menerusi video tersebut, individu-individu yang melihat wajah Bilal dilihat seperti teruja sekaligus menjawab persoalan mengapa Neelofa masih tidak mendedahkan wajah Bilal.

“Neelofa tunjuk Bilal, kecil-kecil dah handsome wei.

“Tak pelik lah kenapa sampai sekarang tak tunjuk-tunjuk muka,” tulis pemilik akaun TikTok itu.

Bukan itu sahaja, individu itu turut meninggalkan bayangan mengenai wajah Bilal dan menyatakan Bilal mempunyai iras seperti sepupunya, Jebat Jayden namun versi yang lebih kacak.

“Bilal memang ada sikit macam Jayden tapi cuma versi handsome lagi!,” tulisnya di ruangan kapsyen.

@hafizzdjengg Bilal memang ada sikit mcm Jayden tapi cuma versi hensem lagii😌 #fyp #fypシ #neelofa #bilal #bilalneelofa ♬ original sound – eldotolnastra

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet dapat membayangkan wajah Bilal kerana mengetahui kecantikan dan ketampanan yang dimiliki Neelofa dan Haris walaupun masih tidak didedahkan.

Namun begitu, ada segelintir yang menyatakan setiap kanak-kanak adalah comel dan tidak perlu dibandingkan.

Atiqah Johari