[VIDEO] “TokTi Vibes K-Pop Sekarang” – Lepas ‘Selfie’ Dengan Lee Min Ho, Siti Nurhaliza Kini Layan Jamming Shut Down Blackpink Di TikTok

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri perhatian warganet selepas memuat naik video TikTok di akaun rasmi miliknya.

Menerusi video tersebut, Siti dilihat sempat menyanyikan lagu terbaharu dari kumpulan K-pop terkenal, Blackpink berjudul Shut Down secara miming.

Bagaimanapun, ia sekadar untuk tujuan hiburan disamping mempromosikan syampu rambut kegemarannya.

“Siti cuba. Cuba sekali dekat yellow basket tu okay. Favourite Siti,” tulisnya.

Video berdurasi 12 saat yang dimuat naik Siti itu ternyata menghiburkan pengikutnya di laman sosial berkenaan sehingga ada yang berseloroh mengatakan Siti kini secara rasminya menjadi peminat setia Blackpink.

Malah, ada juga yang menganggap Siti masih dalam ‘mood’ K-pop selepas berpeluang bergambar ‘selfie’ bersama aktor terkenal Korea Selatan, Lee Min Ho baru-baru ini.

Setakat ini, video Siti telahpun ditonton lebih 400,000 tontonan sejak ia dimuat naik Isnin.

@toktitiktok Siti cuba. Cuba sekali dkt yellow basket tu ok! Fav siti! #fyp #shutdown #blackpink #sugardollbynn #viral #fypシ ♬ Shut Down – BLACKPINK

 

Terdahulu, Siti juga pernah dipuji gara-gara transisi video TikTok yang dilakukannya selain pernah ‘miming’ menggunakan suara Sajat untuk mempromosikan minuman kesihatan dibawah jenamanya.

ARTIKEL BERKAITAN: TikTokers Lain Tak Boleh Cari Makan Lepas Ni! Netizen Terhibur Siti Nurhaliza ‘Miming’ Guna Suara Sajat

ARTIKEL BERKAITAN:“Habislah Ramai Tak Boleh Cari Makan” – Transition Siti Nurhaliza Terlalu Padu, Buat Ramai TikTokers ‘Risau’Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri perhatian warganet selepas memuat naik video TikTok di akaun rasmi miliknya.

Menerusi video tersebut, Siti dilihat sempat menyanyikan lagu terbaharu dari kumpulan K-pop terkenal, Blackpink berjudul Shut Down secara miming.

Bagaimanapun, ia sekadar untuk tujuan hiburan disamping mempromosikan syampu rambut kegemarannya.

“Siti cuba. Cuba sekali dekat yellow basket tu okay. Favourite Siti,” tulisnya.

Video berdurasi 12 saat yang dimuat naik Siti itu ternyata menghiburkan pengikutnya di laman sosial berkenaan sehingga ada yang berseloroh mengatakan Siti kini secara rasminya menjadi peminat setia Blackpink.

Malah, ada juga yang menganggap Siti masih dalam ‘mood’ K-pop selepas berpeluang bergambar ‘selfie’ bersama aktor terkenal Korea Selatan, Lee Min Ho baru-baru ini.

Setakat ini, video Siti telahpun ditonton lebih 400,000 tontonan sejak ia dimuat naik Isnin.

 

Terdahulu, Siti juga pernah dipuji gara-gara transisi video TikTok yang dilakukannya selain pernah ‘miming’ menggunakan suara Sajat untuk mempromosikan minuman kesihatan dibawah jenamanya.

ARTIKEL BERKAITAN: TikTokers Lain Tak Boleh Cari Makan Lepas Ni! Netizen Terhibur Siti Nurhaliza ‘Miming’ Guna Suara Sajat

ARTIKEL BERKAITAN:“Habislah Ramai Tak Boleh Cari Makan” – Transition Siti Nurhaliza Terlalu Padu, Buat Ramai TikTokers ‘Risau’

Salma Syahbuddin