Ditinggal Suami Sejak Dua Bulan Hamil, Tom Terpaksa Azan Anak Baru Lahir Sendiri Tetapi…

Penyanyi Tom atau nama sebenar Raja Farah Afzal Raja Ikram mendedahkan kehidupan semasa ditinggalkan suami dalam keadaan hamil anak ketiga.

Memetik laporan Gempak, Tom memberitahu dia melahirkan anak ketiga tersebut tanpa ditemani suami.

“Masa saya tengah hamil dua bulan lagi saya dan suami tidak sebumbung. Bayangkan daripada baby dalam perut itu saya bawa diri sendiri ke Langkawi.

“Sehinggalah hendak melahirkannya saya terpaksa bersalin seorang diri dan tiada siapa hendak mengazankan anak saya.

“Masa tu tak tahu nak minta tolong siapa yang boleh azankan jadi saya azan sendiri. Tapi doktor tegur katanya tidak boleh kerana saya perempuan dan masih dalam keadaan tidak suci,” katanya.

Meskipun sukar mengendalikan dua anak pada ketika itu, namun dia bersyukur dapat melaluinya dengan kuat.

“Bila tiada suami susah juga nak handle seorang diri sampai orang tengok pun kasihan.

“Tapi saya sebenarnya tidak menyalahkan sesiapa. Walaupun sedang berpantang saya tetap kuat dan tidak boleh mengharapkan sesiapa,” luahnya.

Namun, dia berharap dia tetap bersama dan membesarkan anak-anaknya dengan baik tidak kira apa jua yang berlaku.

“Kepada anak-anak Mama, Mama buat semua ini untuk kamu semua. Walaupun Mama dikecam tapi Mama akan berusaha beri yang terbaik untuk anak-anak Mama,” pesannya.

Untuk rekod, anak sulung Tom kini dijaga penuh oleh bekas suami, manakala dua anaknya bersama dengannya.

Sumber: Gempak

Maya Basir