[VIDEO] Tular Reaksi Aina Abdul Ketika Nama Ernie Zakri & Aisha Retno Mara Ke AJL 38, Peminat Harap Jangan Ada Jadi ‘Batu Api’ – “Siap Tolong Lap Air Mata”

Penyanyi berbakat besar, Aina Abdul menjadi sebutan ramai di platform media sosial selepas tular sebuah video memaparkan reaksi wajahnya ketika nama rakan seperjuangan, Ernie Zakri dan Aisha Retno diumumkan mara ke Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-38.

Menerusi video disunting oleh salah seorang peminatnya, wajah Aina jelas terpancar keceriaan dan seakan bangga terhadap kejayaan Ernie dan Aisha.

Malah, apa yang menarik perhatian adalah momen Aina mengelap air mata Aisha yang menitis di pipinya.

Bukan itu sahaja, Aina turut mengangkat kedua-dua tangannya dengan wajah ceria ketika nama Ernie diumumkan mara ke AJL 38.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berharap agar segelintir peminat akan berhenti cuba untuk melaga-lagakan atau menjadi ‘batu api’ dalam persahabatan yang dikatakan semakin ketara antara ketiga nama bintang terkenal ini.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 61,000 tontonan, 3,000 tanda suka dan 66 komen.

@aynayonce

#sfmm38 #ainaabdul #aisharetno #erniezakri #ajl38 #jmri #sutera #astana #fypシ #fypシ゚viral

♬ Thats my girl – Stan 🙂

Sebelum ini, Aina menjemput Ernie ke ‘Konsert Aina Abdul Live In Singapore’ pada Januari 2024 demi meleraikan segala dakwaan persengketaan yang diwujudkan oleh sesetengah pihak.

Dalam pada itu, Ernie turut mengakui dia merupakan seorang peminat Aina Abdul sejak awal kemunculannya dalam industri seni.

Berjaya ke pentas AJL 38, Aina mempertaruhkan lagu Jangan Mati Rasa Itu, Ernie membawa lagu Astana serta Aisha akan bertanding menerusi lagu Sutera.

AJL 38 akan berlangsung di Axiata Arena pada 3 Mac tahun hadapan.

Artikel Berkaitan: Aina Abdul, Aisha Retno, Ernie Zakri, Ziana Zain, Marsha Milan Layak Ke Anugerah Juara Lagu 38… Ini Senarai Penuh 12 Finalis AJL38!

Aqilah Paharuzi