[VIDEO] Tunggu Giliran Peraga Baju KLFW, Aznil Nawawi Rakam Detik Cemas Letupan di Pavilion!

Pengacara popular, Datuk Aznil Haji Nawawi atau Paknil membuat penampilan memperagakan pakaian jenama Neonate Clothing Company di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) sebagai wajah ilham atau ‘muse’, semalam.

Menerusi perkongsian video di TikTok, Paknil berkongsi kejadian cemas ketika dia sedang menunggu giliran untuk memperagakan pakaian di pentas KLFW apabila berlaku satu letupan dalam bangunan pusat membeli belah Pavilion.

@datukaznilnawawi Paknil tengah tunggu giliran nak masuk untuk walk baju @Neonate Clothing Co ♬ original sound – Datuk Aznil Nawawi

Pada mulanya, terdapat bau asap dan letupan berlaku di belakang pentas KLFW didakwa berpunca oleh skrin LED yang terlalu panas.

Kemudian, api tersebut dipadamkan oleh polis bantuan dan kelihatan orang ramai bergegas keluar dari premis berhampiran kejadian letupan tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menasihatkan agar tidak menggunakan jenis pemadam api serbuk untuk kebakaran elektrik kerana boleh merosakkan peralatan itu.

Selain itu, netizen juga memuji cara laporan Paknil dan mendoakan keselamatannya dan semua yang berada di kawasan berkenaan.

Namun, selepas letupan berjaya dipadamkan, acara tersebut diteruskan seperti biasa.Pengacara popular, Datuk Aznil Haji Nawawi atau Paknil membuat penampilan memperagakan pakaian jenama Neonate Clothing Company di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) sebagai wajah ilham atau ‘muse’, semalam.

Menerusi perkongsian video di TikTok, Paknil berkongsi kejadian cemas ketika dia sedang menunggu giliran untuk memperagakan pakaian di pentas KLFW apabila berlaku satu letupan dalam bangunan pusat membeli belah Pavilion.

Pada mulanya, terdapat bau asap dan letupan berlaku di belakang pentas KLFW didakwa berpunca oleh skrin LED yang terlalu panas.

Kemudian, api tersebut dipadamkan oleh polis bantuan dan kelihatan orang ramai bergegas keluar dari premis berhampiran kejadian letupan tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menasihatkan agar tidak menggunakan jenis pemadam api serbuk untuk kebakaran elektrik kerana boleh merosakkan peralatan itu.

Selain itu, netizen juga memuji cara laporan Paknil dan mendoakan keselamatannya dan semua yang berada di kawasan berkenaan.

Namun, selepas letupan berjaya dipadamkan, acara tersebut diteruskan seperti biasa.

Maya Basir