[VIDEO] Usaha Faizal Tahir Ajar Muallaf Mengucap 2 Kalimah Syahadah Dipuji Netizen

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Faizal Tahir mendapat pujian ramai selepas video menerusi hantaran terkininya di Instagram mencuri perhatian.

Video pendek yang dimuat naik itu menunjukkan Faizal atau nama sebenarnya, Ahmad Faizal Mohd Tahir, 44, dilihat berusaha mengajar seorang individu lelaki untuk mengucap dua kalimah syahadah.

Bahkan lelaki tersebut turut mengakui bahawa dia memeluk agama Islam atas dasar kerelaan hatinya.

 

Sementara itu, Faizal juga dilihat sempat berkongsi petikan yang diambil dari Surah An-Nasr diruangan kapsyen hantaran tersebut.

“Apabila dtaang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia dalam ugama Allah beramai-ramai maka, ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya dia amat menerima taubat. Surah An-Nasr,” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikut melahirkan rasa kagum dan bersyukur atas usaha yang diberikan pelantun lagu Sampai Syurga ini.

 

 

Salma Syahbuddin