Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi May 15, 2023 @ 1:00pm

[VIDEO] Uwais Buat Ramai Menangis Kenang Arwah Siti Sarah Sempena Hari Ibu – “Jauh Di Sudut Hati, Dia Memang Rindu”

Melahirkan bukan mudah, membesarkan juga tidak mudah, amarahnya mungkin menyakitkan dan bebelannya juga memedihkan, tapi bila sudah tiada nanti itulah yang akan dirindui.

Umum mengetahui Hari Ibu disambut pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei dan pastinya diraikan dengan penuh kasih sayang oleh semua.

Tidak terlepas untuk meraikan Hari Ibu adalah anak kepada Allahyarham Siti Sarah, iaitu Uwais Alqarni.

Menerusi perkongsian di Instagram, pelawak Shuib yang juga bapa Uwais memuat naik rakaman ‘filem pendek’ sempena Hari Ibu yang disambut di seluruh negara semalam.

Rakaman berdurasi lebih 6 minit itu memaparkan kisah Hari Ibu yang disambut Uwais bersama keluarga.

Namun apa yang membuat warganet sebak apabila filem pendek tersebut menyaksikan kerinduan Uwais terhadap arwah ibu tercinta dengan meminta datuknya membawa ke pusara.

Lebih sedih, Uwais membuat permintaan untuk pergi ke pusara arwah ibunya seorang diri tanpa ditemankan datuknya.

Setibanya di pusara, Uwais memegang dan mencium batu nisan di pusara ibunya lalu didatangi datuknya dan mereka saling memeluk.

“Selamat Hari Ibu buat kesayangan Siti Sarah Raissuddin.

“Tahniah Uwais dan tuan pengarah, Raissuddin Hamzah. Siti akan sentiasa hidup dalam setiap diri keluarga kita sampailaj dihujung nafas yang terkahir,” tulis Shuib.

Dalam pada itu, Shuib turut memuji lakonan anak sulungnya itu dan turut mendoakan Allahyarham Siti Sarah.

“Bagusnya lahai anak daddy Uwais berlakon, sebiji macam ibu. Sayang Uwais.

“Al Fatihah buat kesayangan dunia dan akhirat Siti Sarah Bt Raissuddin. Semoga Syurga lah tempat mu,” ungkap Shuib.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Ternyata rakaman tersebut membuat penonton mengalirkan air mata tanpa sedar apabila menonton kisah Hari Ibu yang dilakonkan Uwais itu.

Rata-rata warganet akui turut tersentuh lalu sebak mengenangkan arwah Siti Sarah. Malah ramai yang menyifatkan biarpun sekadar lakonan namun Uwais kelihatan sangat merindui ibunya.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian video itu telah meraih 1 juta tontonan, 134,000 tanda suka dan lebih 6,800 komen.

Allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos 2021 akibat Covid-19.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Wed, 7 Jun 2023
Trending Sun, 27 Jun 2021

Jiggy Masin Diselubungi Misteri Dalam Seram Tak Seram!

Pelawak Jiggy Masin muncul sebagai teraju utama dalam karya terbaru yang disiarkan di TV9 berjudul Seram Tak Seram. Diterbitkan oleh Nafalia Corporation, naskhah ini bertemakan komedi seram yang mengisahkan tentang kisah di sebalik koleksi barang-barang […]

#LaguXTRA Mon, 9 Oct 2023
Events Thu, 23 May 2019

#SetulusIkhlas : Check In Kampung Bersama Skuad A!

Jangan lupa juga ikuti perkembangan dan info terkini check in kampung di Tangkak Johor pada weekends ni tau!

Featured Thu, 2 Apr 2026

5 Tahun Mendirikan Rumah Tangga, Zizi Kirana Syukur Urusan Cerai Selesai – “Terima Kasih Semua”

Status rumah tangga yang dibina selama lima tahun membabitkan penyanyi, Zizi Kirana dan pelakon, Yusuf Bahrin akhirnya menemui titik noktah selepas kedua-duanya dilaporkan sah bercerai talak satu pada Khamis.

Hiburan Sun, 2 Sep 2018

Elfira Loy Dikhabarkan Bertunang, Ini Komen Sufian Suhaimi…

Gambar pertunangan Elfira bersama seorang jejaka menjadi bualan ramai sejak beberapa jam lalu.

Featured Wed, 26 Nov 2025

Amelina ‘Naik Hantu’ Sindir Individu Suka Ambil Kesempatan? – “Itu Bukan Pergorbanan Kau H*nat”

Penyanyi dangdut terkenal, Amelina menyorot perhatian apabila meluahkan rasa geramnya terhadap pihak yang suka mengambil kesempatan.

error: Content is protected !!