[VIDEO] Vokal Bright Dikecam Teruk, Peminat Minta Mas Idayu Komen- “Hengau Hangat Ni Mummy!”

Pelakon dan penyanyi popular Thailand, Bright Nachirawit mencuri perhatian peminat apabila dia hadir ke Malaysia bagi sebuah acara produk penjagaan kulit terkenal yang diadakan di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kehadiran bintang utama drama bersiri F4 Thailand itu bukan sahaja membuatkan peminatnya teruja, malah ada yang sanggup beratur dan berasak-asak semata-mata mahu bertemu bintang kesayangan mereka.

Tidak habis disitu, Bright juga dilihat membuat persembahan dan menyanyikan beberapa buah lagu dari salah satu drama popularnya, 2gether The Series berjudul, Kan Goo.

Video berdurasi 23 saat itu juga telah meraih lebih 400,000 tontonan  sejak ia dimuat naik pada Selasa.

 

Menerusi perkongsian yang tular di TikTok, rata-rata peminat mempersoalkan kualiti vokal Bright yang dianggap sengau.

Bahkan, ada dalam kalangan warganet yang berseloroh meminta agar Mas Idayu memberikan komen terhadap nyanyian Bright.

Terdahulu,  peminat pernah melabel Meerqeen antara artis lelaki terkacak sedunia sebaris Jin BTS dan Bright Nachirawit.

@riez15_bw yakin setanding bright😏😎 tak apa confident itu harus #bbrightvc #brightvachirawitchivaaree #fypシ ♬ original sound – 🐰☀️🇹🇭

Pelakon dan penyanyi popular Thailand, Bright Nachirawit mencuri perhatian peminat apabila dia hadir ke Malaysia bagi sebuah acara produk penjagaan kulit terkenal yang diadakan di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kehadiran bintang utama drama bersiri F4 Thailand itu bukan sahaja membuatkan peminatnya teruja, malah ada yang sanggup beratur dan berasak-asak semata-mata mahu bertemu bintang kesayangan mereka.

Tidak habis disitu, Bright juga dilihat membuat persembahan dan menyanyikan beberapa buah lagu dari salah satu drama popularnya, 2gether The Series berjudul, Kan Goo.

Video berdurasi 23 saat itu juga telah meraih lebih 400,000 tontonan  sejak ia dimuat naik pada Selasa.

 

Menerusi perkongsian yang tular di TikTok, rata-rata peminat mempersoalkan kualiti vokal Bright yang dianggap sengau.

Bahkan, ada dalam kalangan warganet yang berseloroh meminta agar Mas Idayu memberikan komen terhadap nyanyian Bright.

Terdahulu,  peminat pernah melabel Meerqeen antara artis lelaki terkacak sedunia sebaris Jin BTS dan Bright Nachirawit.

Salma Syahbuddin