Pelakon jelita Che Puan Juliana Evans tampil mengumumkan dia bersama suami, Tengku Shariffuddin Shah bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh Juliana menerusi sebuah perkongsian di Instagram sekali gus mengakhiri segala teka-teki dalam kalangan netizen, semalam.

Dalam perkongsian tersebut, pelakon jelita itu juga telah memuat naik fotonya yang menunjukkan baby bump dengan berlatar belakangkan pemandangan laut.

Menurut Juliana, dia sangat teruja untuk menantikan kelahiran anak keduanya yang kini sudah memasuki enam bulan

“We are happy to announce our second one is on the way and we are very excited for it 🥰 Doakan yang baik-baik 💕 #22weekspregnant #secondtrimester,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminatnya dan rakan selebriti turut teruja dan mengucapkan tahniah kepada pelakon itu.

Terdahulu, Juliana dan Tengku Shariffuddin Shah telah mendirikan rumah tangga pada 30 April 2017

Hasil perkongsian, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah, 2.

 

Fatin Nurain