[VIDEO] Warganet Komen Nampak Baby Bump, Dakwa Isteri Fizo Omar Hamil Lagi? Ini Respons Tuan Badan…

Perkongsian pelakon dan usahawan, Fizo Omar meraih perhatian ramai yang tertumpu kepada tubuh badan isterinya iaitu Fazeera Nazri.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di Instagram, Fizo dan isteri sedang menjalani penggambaran di studio bersama bayi mereka, Wan Khaleeda.

Lebih menarik, ketika penggambaran tersebut dijalankan, Fazeera tampil manis mengenakan hijab serba cerah.

“Mula-mula agak nervous sebab nak photoshoot dengan baby. Alhamdulillah, baby Khaleeda bagi kerjasama dengan baik. Korang tengok la santai je. Layan je baby Khaleeda ni,” kongsi Fizo.

Namun apa yang menjadi tumpuan warganet adalah tubuh badan Fazeera yang seakan-akan sedang hamil.

Menjengah ke ruangan komen perkongsian tersebut, rata-rata warganet mendakwa terlihat baby bump Fazeera.

Bagaimanapun, Fizo tampil memberi reaksi terhadap komen-komen tersebut dengan menyatakan ia hanyalah isi makanan.

“Yeke, macam isi makanan je tu,” balas Fizo kepada seorang pengguna.

Untuk info, Fizo dan Fazeera telah melangsungkan perkahwinan pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang dan kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Wan Khaleeda.

Khairil Khusyairi