Lucu! Gelagat Zahirah Macwilson Kacau Aiman Hakim Ridza Undang Tawa – “Suami Takut Kucing, Isteri Kuat Menyakat”

Bagi yang mengikuti kisah pasangan selebriti Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza, sudah pasti mengetahui mengenai aktor itu yang takut dengan kucing.

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @fansofisaacraees yang memaparkan Zahirah sedang menyakat Aiman dengan memegang kakinya.

Menerusi hantaran tersebut, Aiman yang sedang duduk sambil membaca skrip terkejut dan terus melihat ke arah kakinya.

Perkongsian tersebut telah berjaya mengundang tawa warganet yang terhibur melihat gelagat Aiman yang takut dengan kucing sehingga tidak sedar Zahirah sedang menyakatnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat pasangan suami isteri ini dan turut mengatakan mereka berdua merupakan pasangan yang romantik dan comel.

“Suami takut kucing, isteri kuat menyakat hahaha.

“Sepuluh kali tengok, tak berhenti gelak hahaha.

“Ulang banyak kali biar Aiman penat terkejut hahaha.

“Kuat nyakat suami tu. Dahlah takut kucing.

“Aiman ingat kucinglah itu. Kelakarlah kalau orang takut kucing ini, takutnya macam nampak hantu hahaha,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 647,000 tontonan, 24,000 tanda suka dan lebih 213 komen.Bagi yang mengikuti kisah pasangan selebriti Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza, sudah pasti mengetahui mengenai aktor itu yang takut dengan kucing.

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @fansofisaacraees yang memaparkan Zahirah sedang menyakat Aiman dengan memegang kakinya.

Menerusi hantaran tersebut, Aiman yang sedang duduk sambil membaca skrip terkejut dan terus melihat ke arah kakinya.

Perkongsian tersebut telah berjaya mengundang tawa warganet yang terhibur melihat gelagat Aiman yang takut dengan kucing sehingga tidak sedar Zahirah sedang menyakatnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat pasangan suami isteri ini dan turut mengatakan mereka berdua merupakan pasangan yang romantik dan comel.

“Suami takut kucing, isteri kuat menyakat hahaha.

“Sepuluh kali tengok, tak berhenti gelak hahaha.

“Ulang banyak kali biar Aiman penat terkejut hahaha.

“Kuat nyakat suami tu. Dahlah takut kucing.

“Aiman ingat kucinglah itu. Kelakarlah kalau orang takut kucing ini, takutnya macam nampak hantu hahaha,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 647,000 tontonan, 24,000 tanda suka dan lebih 213 komen.

Dharnieya Nur Amelsa