Anak Emma Maembong Pura-Pura Nangis, Tapi Air Mata Tak Keluar – “Ada Bakat Lakonan Macam Mak Dia…”

Anak kepada pelakon Emma Maembong iaitu Shariq Gabriel sememangnya sering mencuit hati ramai dengan gelagat comel dan bijak.

Tular sebuah perkongsian yang dimuat naik di laman Instagram yang memaparkan anak sulung lelakinya itu sedang pura-pura menangis sambil memanggil Emma datang kepadanya, baru-baru ini.

Menerusi hantaran tersebut, Emma bertanya kepada anaknya, adakah dia sedang menangis memandangkan air matanya tidak keluar.

Namun Shariq tetap membuat memek muka seperti menangis sambil mengelip matanya.

Perkongsian tersebut telah mencuri perhatian ramai dengan gelagat comel dan drama Shariq tersebut.

“Saya ada bakat tak?” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat Shariq yang ‘kuat drama’ dan turut mengatakan bahawa dia boleh menjadi seorang pelakon suatu hari nanti.

Malah, ada juga segelintir yang mengatakan Shariq mendapat bakat daripada ibunya memandangkan Emma merupakan seorang pelakon yang hebat.

“Drama sangat hahaha.

“Nampak dah ada bakat lakonan macam mak dia hahaha.

“Anak pelakon betul hahaha.

“Hahaha wayang je lebih ni.

“Pelakon lelaki terbaik 2041 to be.

“Ikut bakat mummy ni, paling win kalau bab nangis-nangis,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 32,000 tanda suka dan lebih 321 komen.

Dharnieya Nur Amelsa