Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie October 22, 2023 @ 1:40pm

Wajah Anak Dihina Netizen, Disamakan Dengan OKU Sindrom Dobby! Kak KM Tak Teragak Ambil Tindakan Undang-Undang

Usahawan sensasi, Kak KM menyelar tindakan netizen yang menghina wajah anak perempuannya, Rania.

Ia susulan video anak ketiganya yang menari di platform media sosial TikTok dihujani kecaman netizen.

Rata-rata netizen menyamakan Rania dengan seorang kanak-kanak kurang upaya (OKU) dari China, dikenali sebagai Xiao Xiao yang tular di media sosial kerana gelagatnya yang cepat marah dan suka memukul orang sekeliling akibat menghidap Sindrom Dobby.

Menerusi video berdurasi 13 saat itu, netizen mula membuat perbandingan dan menyamakan wajah serta tingkah laku Rania mirip kanak-kanak berkenaan.

@bebirania_hahahahah comel gilaaa♬ suara asli – 🥀AmOy_Lombok🥀

“Baby (Rania) dah mcm budak Cina yang viral suka marah-marah tu yang muka kecik tu tocang banyak banyak Hahahahahaha.

“Baru nk komen mcm dobby syndrom, tapi hahaha buka komen semua sama pemikiran.

“Anak Kak Km yang ni dobby ke?

“Baju putih mcm Xiao Xiao budak Cina yang viral suka marah-marah tu.

“Sempit jalanku menuju ke syurga bila melihat dobby Malay version,” kritik netizen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by lianarosli (@lianarosli_official)

Berang dengan kritikan netizen, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli meminta mana-mana pihak bercakap buruk tentang Rania supaya tampil bersemuka dengannya.

Memetik laporan mStar, Kak KM juga tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekira ada komen melampau sehingga boleh menjejaskan emosi Rania.

“Jangan nak sibuk bercakap tentang anak orang. Saya tahu siapa yang bercakap itu… Saya baca setiap komen yang ditulis.

“Yang pakai akaun palsu tu namanya pengecut, kalau berani hina wajah anak saya, hadap saya dulu. Mari kita bersemuka!

“Saya nak ingatkan negara kita ada undang-undang. Saya boleh saja nak ambil tindakan saman kepada mereka yang menghina anak saya,” katanya.

Sementara itu, Kak KM turut membidas dakwaan netizen yang menghina anaknya cacat dengan menyatakan bahawa anaknya cukup sempurna sahaja.

Bahkan, Kak KM turut menasihati orang ramai agar tidak memperlekeh rupa paras atau fizikal orang lain kerana bimbang terjadi pada diri sendiri.

“Kau bercakap tak pakai akal ke? Lihat dengan mata sendiri, anak saya itu sempurna semuanya.

“Mereka yang bercakap ini seolah-olah tiada adab. Memang dasar kurang ajar,” tegasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by lianarosli (@lianarosli_official)

Sebagai seorang ibu, anak kepada pelakon veteran terkenal, Normah Damanhuri itu tidak sanggup melihat anaknya ditertawakan dan dikecam sebegitu rupa lebih-lebih lagi dia baru berusia 13 tahun.

“Saya memang tak puas hati orang yang bercakap buruk pasal anak saya. Kalau nak bercakap tu biarlah perkara yang elok,” ujarnya.

Selain itu, terdapat juga segelintir netizen yang simpati dengan kecaman ke atas Rania serta tampil memberi nasihat kepada orang lain agar lebih menjaga adab ketika memberi komen.

“Jangan hina ciptaan Allah korang, rupa paras kita semua pinjaman je kat dunia ni.

“Jangan lah komen bukan-bukan… aku ada anak.. aku tak suka orang kutuk pasal anak aki.. mcm tu laa perasaan mak ayah depa… stop it!

“Tak baik body shaming dia, dia kan sakit sebab tu nampak area leher dia besar semacam. Risau la dengan mulut manusia zaman sekarang.

“Kita kalau tak suka jgn menghina.. nanti berbalik pulak pada diri sendiri..cukuplah nasihat dengan baik.

“Takpelah Rania, Aunty tengok wajah awak tetap manis. Moga sihat-sihat selalu dan di dalam lindungan Allah,” kata warganet lain.

Untuk rekod, Rania menghidap penyakit jantung berlubang dan pernah didiagnosis mempunyai masalah injap berlubang sejak bayi lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 4 Jul 2019

‘Reda Anak Lebih Popular’- Betty Rahmad

Mungkin disebabkan perwatakannya yang digelar Happy Baby, jadi ramai yang sayang padanya

Hiburan Thu, 10 Oct 2019

The New SBS Inkigayo MCs’ Visuals are Perfection Made True

Visuals; tens, tens, tens across the board!

Featured Sat, 16 Mar 2024
Hiburan Fri, 22 Aug 2025
Hiburan Wed, 14 Mar 2018

第二主打找Hero祖雄拍MV 车子无缘为专辑入镜

大马“星光冠军”歌手车志立(车子)发行新专辑,公司砸本请来影帝、男神及型男演员等为新专辑拍摄MV,第二主打歌《迷路》更特别找来大马“全能型男神兼天菜”Hero祖雄跨刀相助。车子确定无缘为专辑入镜当主角,感叹“有点伤心”。

Trending Sun, 24 Oct 2021

Mamat Khalid Meninggal Dunia

Pengarah terkenal, Mamat Khalid, 58, menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi. Mamat atau nama penuhnya, Mohamad Mohd Khalid meninggal dunia di Hospital Slim River, Perak. Memetik laporan Utusan, khabar duka itu disahkan Setiausaha Agung Persatuan Seniman, […]

Trending Wed, 1 Jun 2022

Mesin Air Mineral Beroperasi Tanpa Lesen Dipenuhi Najis Cicak Dan Serangga

Tahap kebersihan mesin air mineral sangat teruk sehingga terdapat najis cicak dan serangga.

error: Content is protected !!