Wak juga mengakui kehidupannya dahulu sangat susah dengan keadaan rumahnya yang retak seribu serta dihuni dengan anai-anai. Katanya lagi, banyak keperitan yang dilalui olehnya untuk berada di tahap sekarang.

Wak Doyok memberitahu video tersebut bukan dengan niat untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya hanya mahu berkongsikan kesusahan yang pernah dialami olehnya sebelum ini serta kegigihannya untuk mengubah nasib keluarga.

Rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah dan meluahkan rasa kagum dengan usaha Wak Doyok yang mahu membahagiakan keluarganya lebih dari segalanya. Ada juga netizen menjadikan Wak sebagai inspirasi untuk berjaya supaya dapat menabur bakti kepada ibu bapa.