Walau Dicemuh, Jaafar Onn Tetap Aktif Di TikTok… Usia 72 Tahun Bukan Penghalang, Bangga Dapat Bantu Anak Muda Buka Restoran Di Bukit Bintang

Usia tidak menghalang bintang veteran, Jaafar Onn, 72, untuk terus aktif memeriahkan dunia seni.

Masih memenuhi tawaran lakonan dan persembahan, figura yang mesra dipanggil Papa ini sering menghasilkan kandungan pendek yang lucu dan menarik di laman sosial TikTok.

Menurut Jaafar, dia tidak kisah berhadapan dengan kecaman kerana niatnya hanya untuk mencari rezeki.

@nasikukustonggekclub Korang belum tengok Papa depan2 lagi😏😏 #pru15 #unditonggek #malaysiamemilih #kamunanya ♬ Aces by DKJ – Danny Johnson

“Sebenarnya, saya buat content di TikTok kerana mempromosikan perniagaan yang melantik saya sebagai duta jenama.

“Sejujurnya, saya tak kekok untuk aktif dan buat ‘live’ di media sosial. Walaupun orang cakap macam-macam, ada yang mencemuh, ada yang memuji, saya terima seadanya.

“Kalau ada orang kata jangan buat ‘live’ kerana usia sudah lanjut, saya tidak peduli. Apa yang saya buat adalah kerja saya.

“Kalau ada orang kecam sekalipun, bagi saya, hanya satu peratus sahaja. Ada juga netizen suruh saya berehat sahaja namun dalam hidup ini, ada masa untuk kita berehat dan mencari rezeki,” katanya.

Jaafar ditemui di majlis pelancaran cawangan baharu Nasi Kukus Tonggek (NKT) di Bukit Bintang, baru-baru ini.

Kini dilantik sebagai duta NKT, kehadiran Jaafar dalam setiap video promosi jenama terbabit di laman sosial nyata menyuntik elemen istimewa yang menarik minat orang ramai.

“Sejujurnya, saya berterima kasih dengan pemilik NKT iaitu Muhammad Nur Aiman Basuni yang memberi peluang untuk saya dan percaya dengan kebolehan saya. Saya juga kagum dengan dia, sebagai anak muda, dia berjaya meluaskan rangkaian restorannya itu di kawasan tumpuan pelancong luar negara iaitu Bukit Bintang.

“Ia menjadikan NKT produk Melayu pertama yang membuka restoran nasi kukus di kawasan segi tiga emas bandar Kuala Lumpur. Ia pastinya membuka mata orang ramai terhadap makanan Malaysia mempunyai rasa dan keunikan tersendiri. Ia juga dapat memberi peluang kepada pelancong merasai keunikan hidangan tempatan,” katanya.

@nasikukustonggekclub Pening Papa pikir pasal gaji ni🥲 #makenasikukusgreatagain #jaafaronn #maula ♬ suara asli – semangat yuk

Dalam pada itu, Aiman selaku pemilik jenama bisnes itu mengakui kehadiran Jaafar sebagai duta memberikan kesan positif.

“Papa memberikan impak baik terhadap perniagaan. Selaku duta, dia mempunyai banyak idea dan tidak lokek berkongsi ilmu serta pengalaman. Sebagai usahawan, semua ada impian untuk meluaskan pasaran ke luar negara. Jika ada peluang itu, kita tidak menolak.

“Hari ini, impian untuk membuka cawangan Nasi Kukus Tonggek yang betul-betul berada di lokasi tumpuan orang ramai termasuk pelancong luar negara, iaitu di Bukit Bintang juga tercapai dengan bantuan Papa,” ujarnya.
Usia tidak menghalang bintang veteran, Jaafar Onn, 72, untuk terus aktif memeriahkan dunia seni.

Masih memenuhi tawaran lakonan dan persembahan, figura yang mesra dipanggil Papa ini sering menghasilkan kandungan pendek yang lucu dan menarik di laman sosial TikTok.

Menurut Jaafar, dia tidak kisah berhadapan dengan kecaman kerana niatnya hanya untuk mencari rezeki.

“Sebenarnya, saya buat content di TikTok kerana mempromosikan perniagaan yang melantik saya sebagai duta jenama.

“Sejujurnya, saya tak kekok untuk aktif dan buat ‘live’ di media sosial. Walaupun orang cakap macam-macam, ada yang mencemuh, ada yang memuji, saya terima seadanya.

“Kalau ada orang kata jangan buat ‘live’ kerana usia sudah lanjut, saya tidak peduli. Apa yang saya buat adalah kerja saya.

“Kalau ada orang kecam sekalipun, bagi saya, hanya satu peratus sahaja. Ada juga netizen suruh saya berehat sahaja namun dalam hidup ini, ada masa untuk kita berehat dan mencari rezeki,” katanya.

Jaafar ditemui di majlis pelancaran cawangan baharu Nasi Kukus Tonggek (NKT) di Bukit Bintang, baru-baru ini.

Kini dilantik sebagai duta NKT, kehadiran Jaafar dalam setiap video promosi jenama terbabit di laman sosial nyata menyuntik elemen istimewa yang menarik minat orang ramai.

“Sejujurnya, saya berterima kasih dengan pemilik NKT iaitu Muhammad Nur Aiman Basuni yang memberi peluang untuk saya dan percaya dengan kebolehan saya. Saya juga kagum dengan dia, sebagai anak muda, dia berjaya meluaskan rangkaian restorannya itu di kawasan tumpuan pelancong luar negara iaitu Bukit Bintang.

“Ia menjadikan NKT produk Melayu pertama yang membuka restoran nasi kukus di kawasan segi tiga emas bandar Kuala Lumpur. Ia pastinya membuka mata orang ramai terhadap makanan Malaysia mempunyai rasa dan keunikan tersendiri. Ia juga dapat memberi peluang kepada pelancong merasai keunikan hidangan tempatan,” katanya.

Dalam pada itu, Aiman selaku pemilik jenama bisnes itu mengakui kehadiran Jaafar sebagai duta memberikan kesan positif.

“Papa memberikan impak baik terhadap perniagaan. Selaku duta, dia mempunyai banyak idea dan tidak lokek berkongsi ilmu serta pengalaman. Sebagai usahawan, semua ada impian untuk meluaskan pasaran ke luar negara. Jika ada peluang itu, kita tidak menolak.

“Hari ini, impian untuk membuka cawangan Nasi Kukus Tonggek yang betul-betul berada di lokasi tumpuan orang ramai termasuk pelancong luar negara, iaitu di Bukit Bintang juga tercapai dengan bantuan Papa,” ujarnya.

Padin

Recent Posts